Tuesday 21 June 2016

"5 tip simple buat iklan yang meleleh."


Kali ni saya nak share beberapa tips mudah yang saya sering gunakan dalam menarik prospek / bakal prospek saya untuk membeli dan menarik minat mereka dalam perniagaan online saya terutamanya di Facebook..

1) Market

Siapakah bakal pelanggan anda?

Kenal dulu siapa bakal pelanggan kemudian baru mula menulis.

Tulis mengikut gaya bahasa yang biasa atau selalu mereka gunakan.

Market adalah sekumpulan bakal pelanggan yang mempunyai karakter yang berkait rapat dengan produk anda.

Contoh:

Anda menjual produk kecantikan. Jadi target market anda mungkin seorang wanita muda berkerjaya yang mahu nampak kemas dan menawan di tempat kerja.

2) Tawaran

Berikan tawaran hebat kepada bakal pelanggan anda. Tawarkan apa saja yang boleh menambah nilai kepada mereka.

Contoh:

Bakal pelanggan anda nak beli baju melayu harga RM90 daripada anda. Jadi berikan tawaran, jika tambah RM50 saja dia akan dapat butang baju dan samping . Ini dinamakan dalam tawaran ada tawaran.

3) Media

Di mana port lepak bakal pelanggan anda?

Adakah mereka selalu menggunakan media online atau offline?

Jika bakal pelanggan anda berumur 18-50 tahun, media apa yang sesuai untuk anda gunakan bagi mendapatkan mereka?

Contoh media online:
FB, Google, Forum, Website Hiburan, Gossip, Website Politik, Email, Website Berita Online dll

Contoh media offline:
Akhbar, Risalah, Majalah, & Banner.

Pilih media yang sesuai dan mudah untuk disampaikan kepada bakal pelanggan anda.

4) Copywriting

Copywriting adalah konten yang ditulis untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada bakal pelanggan melalui media tertentu.

Ramai orang kata skil copywriting tu sangat penting kalau nak tulis sesebuah iklan.

Ya, memang tak dapat dinafikan.

Tetapi, jika copywriting dah mantap dan anda tak kenal siapa bakal pelanggan anda, iklan tersebut pasti tak berjaya!

Jadi, pastikan kenal siapa bakal pelanggan anda dan pastikan elemen copywriting cukup dalam sesebuah iklan supaya iklan tersebut berjaya.

5) Gambar

Gambar juga salah satu faktor penting bagi menjayakan sesebuah iklan.

Gambar yang digunakan haruslah jelas dan tak banyak teks.

Bak kata orang, biar gambar berbicara. Cewah!

=====

Nak Mudahkan Perniagaan Anda dengan Sistem Online marketing?
.
Nak cari Duit Tambahan Mudah?

KLIK sini :- http://bit.ly/1nRXYTf

No comments:

Post a Comment