Monday 6 June 2016

5 tips pemasaran facebook ' pasti unrung'

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Pemasaran Facebook adalah satu daripada medium pemasaran yang digunakan oleh semua bisnes.

Tidak kira bisnes itu kecil mahu pun organisasi yang bernilai ratusan bilion ringgit, laman sosial media yang mempunyai lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia ini dijadikan sebagai sasaran utama untuk mencari pelanggan.

Di Malaysia, pemasaran Facebook sudah memberi kesan kepada pemilik-pemilik bisnes. Ada yang menggunakan pengiklanan untuk mencapai sasaran pelanggan yang spesifik demografiknya.

Ada juga perniagaan yang menggunakan Facebook Pages untuk membina hubungan yang baik dengan prospek. Kemudian mencipta satu lagi saluran pendapatan tanpa had menggunakan Facebook.

Justeru itu, dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa maklumat penting bagi para pembaca yang berminat untuk belajar pemasaran Facebook.

Siapa Bryan Gan – Pakar Pemasaran Facebook

Mungkin namanya tidak begitu dikenali dalam kelompok usahawan Internet tempatan. Tetapi Bryan Gan adalah usahawan Internet yang sudah bergiat lebih 15 tahun dalam industri ini.

Malah syarikat beliau juga telah dipilih dalam senarai top 3 di Malaysia untuk membentangkan idea perniagaan di Silicon Valley. Ia merupakan anjuran StartupMalaysia.org.

Bryan Gan cukup sinonim dengan pemasaran Facebook dan pembangun aplikasi Octopost yang membantu para usahawan untuk menggunakan Facebook sebagai senjata promosi maksima.

Dalam seminar Fesbuk Marketing Power yang dianjurkan beliau bersama Dr. Azizan Osman, terdapat pelbagai perkongsian bermakna yang diperoleh. Antaranya adalah:

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Engagement dahulu, jual kemudian.Bersabar, konsisten, kemudian senyum.Sekali berkeras, seribu pelanggan lari.Testimoni ledakkan keyakinan.Strategi Facebook Timeline.

#1 – Engagement Dahulu, Jual Kemudian

“Pelanggan mahu kenal penjualnya, baru mereka membeli dengan gembira.” – Bryan Gan.

Untuk menghasilkan banyak jualan di Facebook, perkara pertama yang mesti difahami oleh para usahawan adalah engagement. Ia bermaksud penglibatan dalam dunia laman sosial itu sendiri.

Pembeli tidak akan berurusan dengan individu yang tidak boleh dipercayai di Facebook. Mereka mahu berurus niaga dengan mereka yang mempunyai:

Gambar profil yang jelas.Berkongsi maklumat yang bermanfaat di dinding Facebook.Mesra dengan rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan:  Seni Menjual Dengan Bahasa Badan

Bagi yang pertama kali menggunakan Facebook, tidak ada engagement di antara pelanggan adalah aktiviti yang membuang masa. Kita berkemungkinan besar tidak akan dapat menghasilkan jualan.

Jika dapat, ia boleh dicantas dengan penjual lain yang mengamalkan strategi engagement ini.

#2 – Bersabar, Konsisten, Kemudian Senyum

Pemasaran menerusi laman web sosial media seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan banyak lagi adalah pemasaran yang mendidik kita untuk bersabar.

Kejayaan bukan diperoleh dalam masa satu hari. Menurut Bryan Gan, masa untuk lihatkeberkesanan pemasaran Facebook adalah sekitar 1 minggu. Paling lewat pun adalah sekitar 30 hari.

Namun semua ini boleh direalisasikan dengan lebih pantas, sekiranya kita mempunyai sistem pemasaran Facebook yang betul-betul berkesan.

#3 – Sekali Berkeras, Seribu Pelanggan Lari

“Awak, belilah produk saya. Produk saya ini bagus dan harganya pun murah. Belilah ya, awak? Tolong ya beli… Tolonglah…”

Ayat di atas mungkin ayat yang sinonim kita baca di ruangan Facebook. Ada yang lebih rajin, mereka sanggup menghabiskan masa untuk tag ratusan rakan-rakan mereka di Facebook untuk menjual produk semata-mata.

Umumnya, cara ini membuang masa dan membunuh kredibiliti kita. Cara ini digelarkan hard sell oleh Bryan Gan, dan beliau tidak bersetuju dengan aktiviti pemasaran seperti ini.

Cadangannya, bina hubungan yang baik dengan para pelanggan terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan menerusi perkongsian maklumat yang berkaitan dengan produk kita.

Contohnya, jika kita menjual seminar Fesbuk Marketing Power, antara ayat yang boleh digunakan adalah:

“Seminar Fesbuk Marketing Power adalah seminar yang memberikan maklumat kepada para peserta, tentang teknik pemasaran dan promosi yang terbukti berkesan, untuk meningkatkan jualan produk kita di Facebook.

Cara pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web rasmi mereka (Klik Di Sini).”

Memberikan maklumat lebih persuasif berbanding menjual secara keras-kerasan (hardsell).

Artikel Berkaitan:  Tip Jurujual Unggul : Menjual Hanya Dengan Senyuman

#4 – Testimoni Ledakkan Keyakinan

Pelanggan yang berpuas hati biasanya akan berjaya menambat hati pelanggan lain untuk mencuba produk yang digunakannya.

Ini adalah kuasa testimoni dalam perniagaan.

Di Facebook, kita boleh mengambil peluang untuk memaparkan senarai testimoni pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan produk kita. Paparan testimonial ini boleh dilakukan di Facebook menerusi:

Teks.Imej.Video

Lebih banyak testimoni yang dikongsikan, lebih tinggi keyakinan prospek kita untuk membeli produk yang ditawarkan di Facebook.

#5 – Strategi Facebook Timeline

“Jika syarikat besar seperti Upin & Ipin menggunakan Facebook Timeline untuk menjenamakan perniagaan, mengapa tidak kita?” – Bryan Gan.

Ramai yang merungut kerana Facebook mengubahsuai dan melakukan penambahan dalam profil penggunanya seperti kewujudan Facebook Timeline.

Dalam masa sama, ramai juga yang bersyukur dan bergembira terhadap inovasi ini. Kerana ia dapat membantu untuk menjenamakan perniagaan dan memberikan sudut pandang pertama yang kemas dari kaca mata pelanggan.

Bagi yang masih tidak tahu apa yang patut dilakukan terhadap Facebook Timeline, hasilkan reka bentuk grafik yang cantik dan menarik untuk memukau pelanggan kita.

Boleh lihat bagaimana Upin & Ipin, KFC, dan beberapa syarikat besar yang menggunakan Facebook Timeline sebagai senjata penjenamaan mereka. Menurut Bryan Gan, Facebook tidak membenarkan sebarang imej berbentuk promosi menerusi Timeline.

Namun begitu, ia terpulang pada kreativiti kita untuk mengambil peluang terhadap fungsi Facebook Timeline ini.

Sampi di sini sahaja hasil perkongsian saya. Harap dapat memberi swdikit bantuan kepada anda.

Nak dapatkan income sehingga 4 angka dan belajar teknik² pemasaran internet? KLIK SINI

Jangan lupa LIKE FAN PAGE SAYA YE..

SEKIAN

No comments:

Post a Comment