Tuesday 20 September 2016

Kisah Tiram & Helang.. anda nak Jadi yang mana satu???

Salam Sejahtera , Harini Saya nak kongsi sebuah cerita menarik..iaitu cerita pasal Tiram & Helang... pernah dengar tak?

Kalau Anda diberi pilihan nak jadi apa? Kerang Ke Helang?

Saya terbaca satu buku kisah tiram dan helang,cerita ni hanya satu simbolik.

Ok ceritanya begini, 2 biji telur berbincang tentang apa yang mereka nak jadi bila di tetaskan.

Telur yang pertama berkata "saya nak jadi tiram duduk dalam air".

Tiram tak perlu buat apa hanya duduk dalam air saja.dia tak perlu buat sebarang keputusan kerana air laut yang akan menggerakkanya.

Oleh itu ia tak perlu perancangan, air laut yang melaluinya adalah makanannya. Apa yang air laut beri itulah yang saya terima, tak lebih.. tak kurang.itulah kehidupan yang saya mahu.

Mungkin ia serba kekurangan tetapi tak perlu buat keputusan, tak ada tanggung jawab. Cuma kehidupannya dikawal oleh laut.

Berlainan dengan kisah telut kedua,
Telur kedua berkata, "itu bukan kehidupan yang saya mahu" 

"saya nak jadi helang". Seekor helang bebas kemana saja ia mahu pergi dan bebas buat apa saja yang ia mahu. 

Sudah tentu ia perlu mencari makanan sendiri, dan perlu membuat keputusan-keputusan untuk terus hidup,tapi ia bebas untuk terbang setinggi gunung. Helang mengawal keadaan bukan di kawal pihak lain.Saya tidak mahu ada sebarang sekatan. Saya tidak mahu jadi hamba laut.

Oleh itu saya sanggup berkorban untuk menjalani kehidupan sebagai helang. 

begitulah ceritanya

 OK, PENGAJARAN dari cerita ini antaranya..

Kalau nak berubah biarlah jadi perubahan yang kita kehendaki.Jangan biarkan orang lain menentukan hala tuju hidup kita, 

-kereta apa kita nak pakai,

-rumah apa kita nak duduk... 

biar diri kita yang tentukan semua tu...

kita mungkin tak boleh mengubah masa silam kita, tapi kita boleh tentukan hala tuju hidup kita dari saat kita "NAK"...

Capai dan hidupkan kembali IMPIAN kita yang belum tercapai atau yang sudah jadi mimpi... sebab orang yang tiada IMPIAN dalam hidup, ibarat mati sebelum mati... 

Die Before Dead... 

 Opif you do the same, you will stay the same. 

Nak berjaya, ikut lah cakap orang berjaya, nak kaya, ikut macammana orang kaya jadi kaya,

tapi kalau

nak gagal, ikutlah cakap orang gagal.

 Sekian, buat kali ini.

 Ok Sekian buat email kali ini...Sertai Team saya harini untuk dapatkan bimbingan dari Team kami.Saya harap  Tak buang masa,Boleh bertindak segera & ambil peluang ini sebelum orang lain ambilnya.

 http://bit.ly/2bLoBDi

Ok Terima kasih.

Wednesday 7 September 2016

7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook

7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook

Dah kenal siapa prospek anda?
Dah jumpa produk yang nak dijual?
Dah bersedia nak jual produk tu?

Nanti dulu! Sebelum start promosi, anda perlu KENAL dulu produk tersebut. Lepas kenal produk, baru la senang anda nak bina strategi pemasaran yang berkesan..

Saya lihat ada yang main BELASAH je promote produk, pilih je mana-mana produk.. terus promote. TAK KENAL PUN PRODUK!

Salah buat macam tu!
Flownya sepatutnya begini;

Pilih Produk > Fahami Produk > Fahami Prospek > Promosi Produk > Close Sales Produk > $$$

Bagaimana nak kenali sesuatu produk?

Mula-mula, KAJI dan BELAJAR dulu mengenai produk yang anda ingin jual..

Ini beberapa perkara penting yang perlu anda pelajari dan ketahui dari produk anda;

#1: Pasaran Produk

Sebelum mula menjual di FB, anda perlu kaji sama ada produk anda jual ada pasaran di dunia online atau pun tidak. Di sini saya akan kongsikan bagaimana nak kaji pasaran produk anda;

Anda boleh gunakan Google Trend, Keyword Planner dan Google Search Box. Anda perlu ketahui apa KEYWORD UTAMA anda, kemudian, buat carian keyword menggunakan 3 tool tersebut. Jika jumlah carian keyword anda tinggi, ia menunjukkan produk anda ada permintaan.

- Anda perlu KENAL SIAPA PROSPEK anda.
Anda perlu tahu maklumat seperti Geografi, Demografi dan Psikografi prospek. Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan dari Fanpage Insight dan Audience Insight. Saya ada ceritakan lebih lanjut mengenai cara kenali prospek DI SINI..

- Anda perlu tahu apa POSITONING produk anda di pasaran dan...

bagaimana nak positionkan produk anda dalam pasaran? Sebelum lancarkan sesuatu produk, anda perlu lihat di mana position produk anda dalam niche yang berkaitan. Adakah anda orang pertama yang hasilkan produk tersebut, atau anda termasuk dalam dunia PERSAINGAN bisnes yang sengit. Ini keluar dari persaingan, anda perlu BINA USP supaya prospek dapat bezakan bisnes anda dengan bisnes peniaga lain.
Dah kaji pasaran produk? Kaji pula pesaing produk..

#2: Pesaing Produk

Cuba lihat di sekeliling anda, ada tak peniaga lain jual produk yang sama jenis dengan anda. Mereka tu sebenarnya pesaing anda, mereka boleh jadi lawan atau kawan anda.. jadi anda perlu SPY mereka.

Pesaing-Produk

Anda perlu KAJI siapakah pesaing anda seperti;

Siapa pelanggan mereka? Apa maklumat Geografi, Demografi dan Psikografi mereka?
Apa tawaran yang diberikan pada pelanggan mereka? Free gift, diskaun, free postage..
Apa pengalaman pelanggan semasa berurusan dengan mereka? Pengalaman baik atau buruk?
Gunakan teknik SWOT ANALYSIS untuk mengkaji maklumat mengenai pesaing anda.
Bagaimana pesaing beri support pada pelanggan mereka? Adakah pelanggan berpuas hati dengan support yang diberikan oleh mereka?
Untuk bersaing dalam bisnes, anda perlulah bersikap positif. Jadikan pesaing bisnes sebagai pembakar semangat anda, bersainglah dengan cara profesional.. barulah bisnes berkembang.

#3: ‘Unique Selling Point (USP)’

Unique Selling Point (USP) adalah satu ciri atau kelebihan UNIK yang boleh ditonjolkan dalam produk anda. USP ini dibuat adalah untuk mencipta kelainan produk anda dengan produk yang sama kategori..

Anda perlu fikirkan apa Unique Selling Point (USP) produk anda;

KUALITI – Adakah produk anda tahan lasak atau tahan lama?
WARRANTY – Adakah produk anda ada warranty? Berapa lama warranty yang diberikan?
AFTER SALES SUPPORT – Apa yang pelanggan dapat selepas mereka beli dari anda? Apa jenis support yang anda berikan? – Cara guna produk, cara baiki produk, jika ada sebarang masalah.. pesaing akan bantu mereka dan sebagainya.
RESULT – Apa hasil yang pelanggan dapat selepas guna produk anda? Anda boleh tunjukkan hasilnya dalam bentuk gambar, testimoni, case study dan video.
BONUS – Anda boleh berikan bonus yang bersesuaian dengan produk anda.
Masih tak faham mengenai USP?

Anda boleh baca artikel ini;

Kepentingan ‘Unique Selling Proposition’ (USP) Dalam Bisnes
#4: Ciri-Ciri Produk
Anda juga perlu ketahui ciri-ciri produk supaya anda lebih faham dan kenal mengenai produk yang dijual. Ciri-ciri produk adalah spesifikasi yang ada pada produk, apa yang pelanggan nampak pada luaran produk tersebut..

Ciri-Ciri Produk

Antara ciri-ciri yang boleh dicari dalam produk anda adalah;

Apa warna produk anda?
Apa bahan yang digunakan untuk hasilkan produk anda?
Apa komponen-komponen yang ada pada produk anda?
Apa fungsi produk anda?
Produk anda ini untuk siapa?
Bagaimana cara menggunakan produk anda?
Dengan memahami ciri-ciri produk ini, anda akan lebih mudah nak explain pada prospek mengenai produk anda. Anda juga boleh kaitkan ciri-ciri produk dengan manfaat produk..

Contohnya;

BBCA (ASID AMINO) dlm MESO bertindak memulihkan sel-sel otot dengan pantas sebaik saja anda habiskan aktiviti workout. Sekaligus, otot anda dapat mengembang dengan lebih cepat dari sebelumnya. Maka tak hairanlah, dalam masa 2 minggu anda akan nampak otot-otot dada, otot-otot lengan anda dah mula mengembang.

Ciri-ciri produk adalah bahan yang digunakan iaitu BBCA (Asid Amino), manfaat bahan ini adalah untuk pulihkan sel-sel otot dengan pantas selepas workout. Ada kaitan kan?

Next..

#5: Kelebihan Produk

Apa kelebihan produk anda berbanding produk lain yang ada di pasaran? Kenapa prospek perlu membeli dari anda, bukan dari peniaga lain..

Anda boleh lihat dari segi;

Ketahanan, keberkesanan dan jangka hayat produk
Kelulusan – JAKIM, KKM, SIRIM, GMP, HALAL, SELAMAT
Kos berbaloi untuk jangka masa pendek/panjang
Cara bayar – Jika produk anda mahal, mudahkan pelanggan untuk buat pembayaran secara deposit atau ansuran.
Cuba cari kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda, ia mestilah berbeza dari pesaing anda. Ini kerana sudah terlalu banyak produk yang dikeluarkan di pasaran, terutamanya produk kecantikkan dan kesihatan.

Prospek akan membandingkan produk anda dengan produk lain yang ada di pasaran.

Cuba lihat apa kekurangan dan kelemahan produk yang ada di pasaran sekarang, kemudian tonjolkan kelebihan produk, tunjukkan produk anda adalah pilihan yang terbaik untuk prospek.

#6: Kelemahan Produk

Setiap produk pasti ada kelemahan dan kekurangan, tiada produk yang perfect di dunia ini.

Lepas kaji kelebihan, kaji pula kelemahan produk anda..

Bagaimana dengan KUALITI produk anda? Adakah produk anda mudah pecah, mudah rosak atau tak tahan lama? Berapa lama JANGKA HAYAT produk anda?

Bagaimana pula dengan support anda? Adakah pelanggan anda PUAS HATI atau mereka banyak KOMPLEN? Berapa banyak FEEDBACK positif berbanding negatif yang anda dapat dari mereka?

Bagaimana pula dengan harga produk? Kenapa MURAH? Kenapa MAHAL? Kenapa harga produk anda berbeza dari produk peniaga lain?

Listkan juga.. apakah perkara yang buatkan prospek RAGU-RAGU nak beli produk anda? Bagaimana nak JAWAB keraguan prospek tu?

Dengan mengetahui apa kelemahan produk anda, anda akan dapat fikirkan apakah soalan-soalan yang bakal ditanya prospek dan anda juga akan lebih bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mereka.

#7: Manfaat Produk

Apa manfaat yang produk anda dapat berikan pada pelanggan?

Biasanya, produk yang dihasilkan adalah untuk selesaikan masalah atau memberi kepuasan pada prospek. Ini adalah berdasarkan dari manfaat yang prospek inginkan iaitu..

Keperluan – Ini adalah keperluan asas dalam kehidupan prospek seperti makan untuk kenyang, minum untuk hilangkan dahaga dan tidur untuk rehatkan badan.
Keselamatan – Prospek ingin selamat dalam kehidupan harian. Selamat ini adalah dari segi kesihatan, pekerjaan, tempat tinggal, dan sumber kewangan.
Kasih sayang – Prospek ingin rapatkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan. Mereka inginkan kasih sayang yang berkekalan dari orang kesayangan.
Peningkatan diri – Prospek ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mereka ingin tingkatkan tahap kewangan, motivasi diri dan keyakinan diri.
Kepentingan diri – Ini berkaitan dengan kepuasan diri prospek. Mereka ingin nampak lebih bergaya, lebih cantik supaya dipandang tinggi oleh orang sekeliling.
Kesemua manfaat ini mestilah disertakan dengan JAMINAN. Apa jaminan yang anda janjikan pada prospek? Apakah kesannya selepas menggunakan produk anda?

KLIK SINI untuk tips yang bermanfaat

Anda suka bila akaun anda di penuhi dengan DUIT?

Nak saya ajarkan RAHSIA jana pendapatan sehingga 6 angka setiap bulan?

Kalau nak KLIK SINI

Thursday 1 September 2016

4 Perkara Penting Sebelum Menulis Post Headline

4 Perkara Penting Sebelum Menulis Post Headline

Headline sangat penting dalam sesuatu kempen iklan. Dengan mengubah ayat headline sahaja, klik pada post iklan dapat ditingkatkan.

Kenapa headline sangat penting?

Sebab ia diletakkan di barisan pertama dalam post iklan anda. Headline adalah PERKATAAN PERTAMA yang prospek akan baca. Ia dapat membuatkan prospek untuk terus membaca atau tinggalkan sahaja post iklan anda. Dengan menggunakan headline yang bersesuaian, anda akan dapat TAPIS siapa prospek yang anda ingin sasarkan.

Headline juga dapat menceritakan keseluruhan kandungan ayat post iklan anda. Jika headline anda dapat MENARIK PERHATIAN ramai pembaca, peratus untuk anda hasilkan jualan sangat tinggi. Jika tak, anda faham-faham la ye…

Jadi, bagaimana nak tulis headline yang berkesan?

Tujuan utama menulis headline adalah mengajak pembaca untuk baca post iklan anda.

Jadi, anda perlu ambil sedikit masa untuk hasilkan headline yang boleh yakinkan prospek untuk terus membaca ayat post iklan anda.

Ok, dalam artikel ni, anda akan belajar cara menulis headline yang boleh menukarkan pembaca kepada pembeli. Mari saya tunjukkan…

1) Headline Yang Unik

Cuba jadikan headline anda UNIK, tidak bosan, menonjol, dan mendapat perhatian pelanggan. Kelebihan menggunakan headline seperti ini adalah anda dapat keluar dari dunia persaingan bisnes.

Kebanyakkan headline dalam post iklan yang dipaparkan adalah lebih kurang sama. Audiens akan mudah bosan jika headline yang sama dipaparkan berulang kali.

Gunakan simbol-simbol yang menarik dalam post iklan anda. Simbol-simbol ini boleh didapati di fsymbols.

Contohnya, jika anda ingin berikan tawaran diskaun kepada fans anda. Ini headline yang boleh anda gunakan

“OFFER HOT BERAPI! M-SOTROPIN

ANGKAT TANGAN! SIAPA LAGI NAK OFFER NI?”

2) Headline Mestilah Spesifik

Untuk jadikan headline anda unik, anda perlu jadikannya SPESIFIK. Spesifik di sini bermaksud direct to the point. Headline anda perlu mempunyai maklumat yang cukup supaya audiens tahu sama ada tawaran anda menarik atau tidak.

Contohnya, jika anda ingin bina headline jenis masalah, anda boleh tanya soalan seperti

DAH TRY MACAM-MACAM JENIS PRODUK KURUSKAN BADAN TAPI TETAP TAK BERJAYA?”

“BOS, ADA PROBLEM NAK KURUSKAN BADAN TAK ?”

3) Headline Berunsurkan ‘Sense of Urgency’

Jika perlu, anda perlu masukkan headline jenis Urgency. Ia seperti MEMAKSA audiens untuk terus membaca supaya mereka tidak terlepas sesuatu yang menarik. Headline seperti ini lebih sesuai digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Ia tidak boleh digunakan selalu, tapi jika anda dapat gunakan sebaik-baiknya…memang BERKESAN.

Ini contoh headline jenis Urgency…

AMARAN: Harga Bakal Di Naikkan & Free gift Dah Nak Habis!”

“LAST CALL: Esok 11pm, 14 Mac 2015 Jualan Akan Di Tutup!”

4) Headline Yang Mudah Difahami

Ini adalah tips yang paling penting. Sehebat mana pun headine anda, tapi kalau tak difahami…apa guna kan? Guna ayat yang SIMPLE dan MUDAH difahami. Audiens hanya ingin tahu apa manfaat yang mereka akan dapat jika membaca post iklan anda.

Jika anda gagal beritahu apa manfaat yang audiens boleh dapat, anda juga akan gagal menghasilkan jualan.

Contoh headline yang mudah difahami

NAK OFFER M-SOTROPIN ?

EARLY BIRD DAH TAMAT! JUALAN MASIH DIBUKA LAGI..

Semua tips-tips di atas adalah perkara asas dalam menulis headline yang BERKUALITI. Jika anda faham dan praktikkan apa yang saya kongsikan di atas, insyaallah, anda pasti boleh lakukan.

Selamat mencuba!

Dapatkan rRAHSIA menanam POHON DUIT Di halaman rumah KLIK SINI

5 Tips Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda

5 Tips Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda

Untuk buatkan fans sentiasa follow update dari fanpage kita, bina la post yang mereka SUKA. 

Macam mana nak tahu mereka suka atau tak post kita?

Anda perlu buat post harian, kemudian lihat post jenis yang bagaimana dapat ENGAGEMENT yang paling tinggi.

Bina post dalam bentuk gambar, share link artikel, video atau post text biasa.

Lebih menarik, jika kita boleh berikan maklumat yang ada kaitan dengan ISU SEMASA. Biasanya, post jenis ini selalu dapat ENGEGAMENT yang tinggi.

So, jangan buang masa, jom kita sama-sama korek.. apa 5 tips mudah ini. Tak perlu keluar duit pun. FREE je. Hari ni juga boleh buat.

Jumzz baca 5 tips ini:

#1: Gaya Bahasa Penulisan

Gaya penulisan kita tu mestilah intonasinya sama seperti kita sedang bercakap dengan audiens.. tapi, jangan pula anda guna bahasa yang kasar. Jangan main kasar! Gunakan BAHASA yang baik-baik je, hormat audiens kita. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu.. tak gitu..?

Secara ringkasnya, bila mereka baca post kita.. mereka akan rasa seperti tengah bersembang dengan kita.

Contohnya macam ni ha, “Meh saya kongsikan 3 cara bagaimana nak jana duit daripada Facebook dengan kos pemasaran yang rendah. Sila baca dan komen ye..” 

Guna ayat yang MUDAH orang faham. Walaubagaimanapun, benda macam ni ikutNATURE penulisan kita. Kalau anda seorang yang professional dan selalu guna Bahasa Melayu Tinggi.. maka seeloknya gunakan perkataan yang FORMAL.

Jika anda jenis yang sempoi-sempoi, jadi tulis jelah macam blogger-blogger tu. Cun!

#2: Isi Kandungan Post

Pastikan anda tulis content post yang fans anda nak baca, bukan suka hati je anda nak tulis apa! Isi kandunagn post ni tak perlu gempak sangat. Tips atau perkongsian biasa-biasa pun dah okay. Yang penting bermanfaat!

Contohnya, macam kita nak kongsi pasal cara nak jadi hensem. Jadi, kita tulislah cara-caranya macam mana, sama ada sikat rambut ke, pakai suit ke, dan sebagainya.

Kalau anda jenis suka kongsi tentang cerita yang terjadi kepada anda tu lagi syok. Cerita dan tulisan dari pengalaman sendiri tu antara topik yang paling fans suka baca.

Contohnya, macam cerita kita pergi melancong ke luar negara ke, cerita kita kena perlu join seminar di luar negara ke, atau apa-apa sahajalah pengalaman anda yang menarik untuk dikongsikan.

Yang paling penting, mesti ada isi. Isi yang FUN dan audiens boleh dapat manfaat daripadanya.

Jika mereka SUKA dengan post anda, pasti mereka akan SHARE dan post anda akan jadi VIRAL. Dapat free marketing..

#3: Kenal Siapa  Sasaran   Audiens

Anda WAJIB tahu siapa target audiens post anda dan tulis mengikut gaya yang sesuai dengan mereka.

Senang cerita macam ni, siapa followers fanpage anda?

Contohnya, jika ada fanpage anda khas untuk geng ustaz-ustaz, masukkanlah ayat-ayat islamik dalam tulisan anda seperti “bismillah” pada permulaan post ke, atau kalimah-kalimah yang menyerupai bahasa-bahasa ustaz nih. Kongsikan doa harian dengan mereka.

Kalau fans anda ramai daripada geng-geng bisnes, seeloknya buat tulisan yang berasaskan tip-tip berkaitan marketing. Ayat pun tak perlulah tulis macam karangan SPM sangat. Simple-simple sudah.

Jika anda takde IDEA nak tulis apa, anda tulis je satu TIPS ringkas pun dah cukup. Nak lagi senang, anda  SHARE  je  post  dari fanpage lain. Berikan sedikit pendapat mengenai post yang anda share tu, ini dapat tingkatkan ENGAGEMENT  dengan fans anda.

#4: Tetapkan Fokus Penulisan Anda.

Fans anda ni semuanya manusia, dan manusia ni FOKUS mereka taklah sehebat macam fokus kamera DSLR tu. Jadi, TAJUK dan ISI kandungan mestilah berkaitan antara satu sama lain.  Flow cerita juga mestilah TERSUSUN.

Kalau kita tulis bab Facebook Ads, fokus pasal tu je. Jangan pula masukkan bab politik pula. Bila tulisan kita bercampur-campur dan tak fokus, post anda akan jadi macam ROJAK! Macam-macam ada! Nanti, fans akan jadi tersangatlah BOSAN dan MALAS nak baca.

Jadi, tentukan MATLAMAT dan fokus pada awal sebelum anda menulis. Tanya pada diri anda, anda nak kongsi apa sebenarnya kepada fans anda? Orite?

#5:             Penulisan Kemas dan Tersusun. 

Yang ni juga sangat penting!

Semasa menulis, gunakan noktah, koma, dan tanda baca yang sesuai. Jangan guna lebih-lebih pula! Nanti audiens naik MENYAMPAH nak teruskan membaca…

Gunakan susunan perenggan yang TERATUR. Jangan terlalu padat sangat tulisan. Kelaskan point penting dalam 1 perenggan khusus dan sebagainya.

Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ni. Menulis ini sebenarnya mudah sahaja. Bagaimana kita mahu membaca tulisan orang lain, macam itu jugalah orang lain mahu baca tulisan kita.

Ada faham..?

Jika kita suka satu post itu, cuba kita KAJI apa sebab kita suka baca post tersebut?

Gaya bahasa? Ayat yang digunakan? Adakah kerana isinya? Susunan ayat yang mudah difahami.. atau lain-lain sebab lagi..

.. lepas kaji tu, jangan lupa pula praktik apa yang anda dah dapat. Okay?

Baik, terima kasih kerana baca tip ini dan teruskan bersiar-siar di blog Azri Yusop ( rahsia bisnes online )

Nak tambah pendapatan?
Nqk ubah hidup anda menjadi lebih baik?
Nak dapatkan tips² marketing?
Klik sini : http://bit.ly/2bLoBDi

Jumpa lagi di aryikal akan datang