Wednesday 15 June 2016

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

membuatkan saya teringat 2 hari lepas saya ada menerima satu emel daripada pembaca tentang menghasilkan duit dari blog dengan niatnya ingin membuat blog secara mendalam. Jadi terfikir juga punca utama ada sebahagiannya datang dari Facebook.

Memerangkap pemasaran perniagaan anda secara bijak melalui pemasaran platfom Facebook sebenarnya anda mampu menghasilkan duit secara pasif. Masih ingat dengan entri menghasilkan pendapatan pasif saya tempoh hari?

Kalau kita sedar pendapatan pasif juga bermula dengan Facebook dan lebih mantap lagi bila anda gabungkan Pemasaran Facebook + Pemasaran blog = Duit dan duit.

Bagaimana caranya bro?

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Ada beberapa golongan pengguna Facebook hari ini yang mana mereka ini akan membezakan cara penggunaan Facebook mereka secara harian, jom lihat anda berada dikalangan yang manakah:

+ Golongan suka buat duit – semua link dia post di Facebook.
+ Golongan suka main permainan Facebook – semua permainan dia cuba.
+ Golongan suka update status – setiap gerak-geri dia update
+ Golongan suka Like dan Share – boleh dikatakan bagus menyokong insan lain
+ Golongan suka berniaga – setiap waktu hanya bicara tentang niaga
+ Golongan suka ping entri – setiap hari akan ping entri untuk promot entri baru
+ Golongan suka online saja-saja – hanya sekadar pengguna tapi tidak mempergunakan
+ Golongan yang selain daripada 7 golongan ini 

Jadi daripada kalangan pengguna yang ada hari ini, semakin ramai yang cuba memanipulasikan penggunaan Facebook untuk tujuan pemasaran perniagaan mereka.

Boleh dikatakan kebanyakan yang berniaga mempunyai Fanpage dan Blog bagi memantapkan lagi usaha dan hasil promosi perniagaan mereka.

Teknik Pemasaran Berkesan

Dua minggu lepas saya ada sertai secara tidak langsung mengenai cara pemasaran perniagaan melalui Facebook.

Terus terang saya katakan ada 2 kategori orang berniaga yang saya sempat dengar tempoh hari:

Cara bercakap dan penyampaian tidak kena dengan sasaran jualan atau promosi.Tak semua yang bijak berniaga secara online mampu berniaga secara berdepan dengan pelanggan

Ya, mungkin ada yang hebat berbicara dan memukau pelanggan melalui kata-kata dan ayat promosi namun ada juga yang tidak pandai menarik pelanggan dengan lisan dan ayat manis tapi hebat dalam mempromosikan barangan secara online.

Menjadi satu kelebihan bila anda mempunyai kedua-dua kelebihan tersebut dan masanya untuk anda letupkan perniagaan anda.

Promosi secara lisan + Pemasaran melalui Facebook = Bukti bergambar + Testimoni 

4 Teknik Pemasaran Facebook Secara Umum

Ya, 4 teknik pemasaran Facebook ini telah ramai yang tahu tapi tak ramai juga berjaya, tapi inilah 4 teknik yang mampu anda jana 3 hingga 5 angka sebulan (ayat MLM):

1) Bina Fan Page Produk 2) Memaksimumkan Penggunaan Fan Page
3) Sistem perkongsian bergambar secara berterusan. 4)  Lakukan strategi “paksa” pelanggan

Anda bina fan page nama anda tapi anda promosikan bahan jualan anda – sangat tidak menepati.

Anda mempunyai Likers yang ramai di Fan Page anda tapi anda jarang sesekali “menjaga mereka” – Page feed anda akan hilang daripada Homepage mereka, rugi.

Kongsikan gambar yang berkaitan dengan fanpage anda sebagai mengekalkan trending page anda di homepage mereka.

Paksa pelanggan bukan bermakna memaksa setiap pelanggan yang bertanya itu untuk membeli.

Paksa pelanggan juga anda boleh lakukan secara halus seperti beli barang perniagaan anda dan dapat bonus, hadiah misteri dan apa saja yang membuatkan mereka akan membeli.

Marketing versus Strategy

Ayat yang anda akan jumpa setiap kali anda baca, hadiri dan dengar tentang teknik pemasaran yang berkesan, tapi rugi kerana proses mempraktikkannya agak sukar dan tidak tahan lama.

Jadi gandakan proses pemasaran dan strategi dengan lebih berkesan jika betul-betul ingin meledakkan sistem pemasaran peniagaan anda menjadi pendapatan utama anda.

Bagaimana? Dapatkan sebuah pamduan lengkap bagaimana anda mampu terjemahkansistem teknik pemasaran dan strategi perniagaan anda secara pasif dan mendapat pendapatan seberapa angka yang anda mahu.

Kalau kita tiada guru cari guru, kalau tiada ilmu cari ilmu. Kalau sudah ada belum tentu masih cukup, maka perlulah sentiasa tambah.

Dengan sistem yang berkesan peluang anda semakin besar

KLIK SINI dan dapatkan sistem yang berkesan dalam meningkatkan penjualan anda di Facwbook

No comments:

Post a Comment