Tuesday 28 June 2016

5 KEUTAMAAN KENAPA PERLU BUAT BISNES INTERNET

Salam sejahtera,

Perkongsian saya kali ini adalah untuk mengenalkan anda dengan perniagaan  Internet dengan memberi 5 sebab utama  mengapa ANDA JUGA perlu memulakan  perniagaan Internet…

(Jika anda nak tahu selok-belok, strategi  dan teknik2 berkesan menjalankan bisnes online,
anda boleh dapatkannya Di Sini.)

http://bit.ly/1nRXYTf

5 KEUTAMAAN KENAPA PERLU BUAT BISNES INTERNET.

#1: Kerjaya yang TERJAMIN

Ramai yang mungkin kata ianya berisiko  menjalankan perniagaan Internet dan  merupakan kerjaya yang tidak terjamin. Bagi saya dan ramai usahawan diluar sana,  risiko kecil sememangnya ada, tetapi ianya  berbaloi. Bukan hanya kerana pulangan rezeki  perniagaan 9/10 yang kita boleh dapat, tetapi  apabila mengetahui selok belok perniagaan,  ia memberi keyakinan kepada diri kita sendiri  memulakan apa sahaja perniagaan.

Mungkin ada kalanya perniagaan boleh gagal,  namun, dengan mengetahui selok belok  perniagaan Internet yang betul, pada  bila-bila sahaja kita boleh memulakan 
perniagaan Internet tidak kira di manapun  dan menjadikannya kerjaya yang terjamin.

#2: Lakukan apa yang ANDA SUKA

Sekiranya anda berminat dengan fesyen,  ia boleh menjadi perniagaan anda. 
Sekiranya anda minat muzik, muzik juga  boleh menjadi perniagaan anda. 
Sekiranya anda berminat sukan, tiada masalah menjadikan sukan sebagai  usaha perniagaan anda.

Adakalanya kerjaya kita kini bukan mengikut  minat dan kesukaan kita. Namun kita 
terpaksa melakukannya untuk menyara  hidup dan diri kita dan keluarga.

Sekiranya anda tidak berpuas hati  dengan kerja yang anda lakukan kini,  apa kata anda cuba sekurang-kurangnya 
separuh masa mempelajari berniaga  apa yang anda minat di Internet!

#3: Pasaran yang lebih BESAR

Tidak lagi seperti membuka kedai  yang mungkin memakan kos yang  tinggi hingga beribu ringgit, dan mendapat pelanggan terhad yang 
hanya berkunjung di kawasan kedai  anda. Pastinya anda juga tahu, dengan  membuka “kedai” di Internet, walaupun 
hanya menggunakan blog atau Facebook  yang sememangnya percuma, anda  boleh mencapai pelanggan bukan sahaja  setempat, tetapi seluruh Malaysia dan  menjangkau seluruh dunia! 

Semua hanya dari keselesaan rumah anda.

Pernahkah anda terbayang mempunyai  perniagaan global?  Internet memudahkan cita-cita anda ini.

#4: Kos yang Amat Rendah

Kos untuk memulakan & maintain bisnes online juga adalah rendah berbanding
perniagaan konvensional.

SEBAB #5: Potensi Pendapatan Cukup Tinggi

Paling penting adalah potensi untuk anda menjana pendapatan di Internet adalah amat tinggi disebabkan oleh kerana faktor-faktor di atas.

Sekian dulu perkongsian saya.

Jika anda nak tahu selok-belok, strategi  dan teknik2 berkesan menjalankan bisnes online,
anda boleh dapatkannya Di Sini.

http://bit.ly/1nRXYTf

Tuesday 21 June 2016

"5 tip simple buat iklan yang meleleh."


Kali ni saya nak share beberapa tips mudah yang saya sering gunakan dalam menarik prospek / bakal prospek saya untuk membeli dan menarik minat mereka dalam perniagaan online saya terutamanya di Facebook..

1) Market

Siapakah bakal pelanggan anda?

Kenal dulu siapa bakal pelanggan kemudian baru mula menulis.

Tulis mengikut gaya bahasa yang biasa atau selalu mereka gunakan.

Market adalah sekumpulan bakal pelanggan yang mempunyai karakter yang berkait rapat dengan produk anda.

Contoh:

Anda menjual produk kecantikan. Jadi target market anda mungkin seorang wanita muda berkerjaya yang mahu nampak kemas dan menawan di tempat kerja.

2) Tawaran

Berikan tawaran hebat kepada bakal pelanggan anda. Tawarkan apa saja yang boleh menambah nilai kepada mereka.

Contoh:

Bakal pelanggan anda nak beli baju melayu harga RM90 daripada anda. Jadi berikan tawaran, jika tambah RM50 saja dia akan dapat butang baju dan samping . Ini dinamakan dalam tawaran ada tawaran.

3) Media

Di mana port lepak bakal pelanggan anda?

Adakah mereka selalu menggunakan media online atau offline?

Jika bakal pelanggan anda berumur 18-50 tahun, media apa yang sesuai untuk anda gunakan bagi mendapatkan mereka?

Contoh media online:
FB, Google, Forum, Website Hiburan, Gossip, Website Politik, Email, Website Berita Online dll

Contoh media offline:
Akhbar, Risalah, Majalah, & Banner.

Pilih media yang sesuai dan mudah untuk disampaikan kepada bakal pelanggan anda.

4) Copywriting

Copywriting adalah konten yang ditulis untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada bakal pelanggan melalui media tertentu.

Ramai orang kata skil copywriting tu sangat penting kalau nak tulis sesebuah iklan.

Ya, memang tak dapat dinafikan.

Tetapi, jika copywriting dah mantap dan anda tak kenal siapa bakal pelanggan anda, iklan tersebut pasti tak berjaya!

Jadi, pastikan kenal siapa bakal pelanggan anda dan pastikan elemen copywriting cukup dalam sesebuah iklan supaya iklan tersebut berjaya.

5) Gambar

Gambar juga salah satu faktor penting bagi menjayakan sesebuah iklan.

Gambar yang digunakan haruslah jelas dan tak banyak teks.

Bak kata orang, biar gambar berbicara. Cewah!

=====

Nak Mudahkan Perniagaan Anda dengan Sistem Online marketing?
.
Nak cari Duit Tambahan Mudah?

KLIK sini :- http://bit.ly/1nRXYTf

7 Tips Pemasaran Di Facebook.

Disini saya ingin kongsikan 7 tips pemasaran di facebook dimana medium sosial ini adalah antara yang paling berpengaruh dimasa kini.Apa yang harus kita ingat bahawa tujuan utama facebook adalah tempat untuk bersosial, berkenalan, mencari teman-teman lama dan berkongsi apa saja mengenai perihal masing2.

So..jadikan kesempatan ini sebagai sumber pendapatan anda..

1. PRODUK - Sebelum menjual anda perlu ada produk untuk dijual,samada ia produk anda sendiri atau pun produk orang lain.sebelum melakukan pemasaran di facebook anda kenalah melakukan kaji selidik mengenai jenis produk yang hendak dipromosikan samada ia mendatangkan keuntungkan atau sebaliknya.

2. KAJI SELIDIK - Nyatakan lebih terperinci mengenai maklumat dan gambaran produk yang hendak dijual,contohnya jika anda menjual sabun,nyatakan apa kelebihan sabun tersebut,siapa yang boleh menggunakan,berapa harganya,kandungan yg terdapat dalam sabun itu,apa kelebihan selepas memakainya dan byk lagi.

3. BINA HUBUNGAN - amat penting diantara anda dan rakan2 anda di facebook.Rajin bersapa dan sentiasa meningkatkan hubungan baik bersama mereka.Ingat,bahawa mereka juga adalah manusia biasa.Tambah rakan seramai yang mungkin dan ucapkan terima kasih jika mereka menerima anda sebagai rakan.Jangan sesekali terus menjual kerana facebook umumnya adalah tempat untuk bersosial,sentiasalah kongsikan perkara2 yang bermanfaat sambil membina kreadibiliti anda sendiri"sharing is caring".Biarkan rakan-rakan anda lebih mengenali anda dan menerima siapa anda sebenarnya agar memudahkan lagi segala urusan anda bersama mereka dikemudian hari.

4.MASA - Bijak dalam memilih waktu yang tepat dan masa yg sesuai untuk membuat pemasaran di facebook kerana ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan jualan yang lebih efektif.Tak kan lah nak promote setiap 24 jam sehari.:P

5. FANPAGE - Bina Fanfage anda sendiri kerana ianya lebih baik jika dibandingkan personal akaun anda.Kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat mengenai produk anda tadi sambil menimbulkan minat audience anda.Jangan hanya menjual semata-mata.Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satunya cara sahaja.Masukkan unsur-unsur humor,fakta,statistik,pendapat,berita,link ke artikel yang menarik, persoalan,menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes),senarai dan pelbagai lagi bentuk.Jika anda tidak tahu untuk membina fanfage,cari rakan yang boleh buatkan untuk anda atau belajar sendiri dengan mencari pada halaman carian seperti pakcik googgle,bing,yahoo dan sebagainya.:)

6. HADIAH - Berikan keistimewaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda pada masa-masa tertentu,contohnya seperti potongan harga atau diskaun,kupon,bonus,barangan percuma,penghantaran percuma kerana ini adalah salah satu taktik biasa yang dilakukan oleh peniaga yang berjaya untuk menghargai pelangan mereka.so!! renung-renungkanlah faedah lain yang anda akan dapat.Janganlah bersifat Kedekut dan sentiasa memikirkan keuntungan saja.

7. INOVASI - Tingkatkan lagi cara pemasaran di facebook dengan menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang terdapat melaluinya.Ada beberapa contoh mudah yang anda boleh baca di bawah..
  
a) Event-Buat event atau program-program berkaitan produk anda dan gunakan fungsi ini sebaik mungkin.Jemput semua rakan2 anda utk turut serta bagi memeriahkan lagi suasana dan berikan sesuatu yang bernilai agar mereka terasa lebih dihargai.   

b)Group2 di facebook-Buat atau Sertai seberapa banyak group2 di facebook.Lakukan promosi anda mengikut peraturan2 yang telah ditetapkan oleh admin group dan saling menghormati ahli-ahli lain yang berada didalam group tersebut.

c)Chat-Chating bersama rakan2 anda dalam suasana yg baik dan elakkan utk menimbulkan perkataan yang tidak baik.Bersopan santun,bersabar dan tunggu masa yang sesuai utk melakukan peromosi.Lakukan promosi anda secara halus dan berkesan.

d) Message-Gunakan fungsi ini sebaik mungkin dan lakukan secara berkala,Pm rakan-rakan anda mengenai tawaran anda..biar mereka membuat pilihan dan jangan sesekali memaksa mereka jika mereka tidak berminat. 

e) Tagging-Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya,tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja.Anda juga boleh menggunakan fungsi tag nama,tag gambar,video.Elakkan daripada tag secara melulu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa,marah dan seolah-olah menganggu privasi mereka.Gunakan secara Berhemat...

f) Foto dan video-Upload foto dan video anda di facebook dan Kongsikan foto dan video berkaitan mengenai produk anda,pastikan jelas dan memberikan maklumat yang berguna.Jika anda bernasib baik mungkin ada rakan-rakan anda yang sudi share berkenaan gambar dan video anda dan ianya bersifat viral.

g) Facebook Ads-Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang lebih fokus,tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur,minat,tempat tinggal dan jantina.Walaupun FB Ads memerlukan kos (berbayar),namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini,kita boleh mengelak kerugian dan menjimatkan kos pengiklanan.

Antara produk yang terbaik pada masa kini adalah produk yang berbentuk digital & telekomunikasi

Jika nak tahu bagaimana 2 jenis produk ni boleh menjana pendapatan..KLIK SINI

Sunday 19 June 2016

Cara Berniaga Melalui Facebook


Cara berniaga melalui Facebook adalah sambungan daripada entri Teknik Pemasaran Facebook Berkesan.
Melihat kepada cara dan teknik ini entri lalu saya mengulas secara umum bagaimana ingin meledakkan perniagaan anda dengan cara pemasaran di Facebook dan entri kali ini dikecilkan lagi sedikit skopnya

Ramai yang suka berniaga melalui Facebook,tidak kira sama ada perniagaan itu berbentuk skala besar atau kecil sekali pun.

Facebook berjaya dibina menjadi medan sosial dan juga medan perniagaan jika anda bijak mengambil langkah yang betul.

Sambil lepak bermain Facebook terkeluarlah beberapa paparan perniagaan dan pemasaran hampir setiap hari.

Persoalan Sebelum Berniaga Melalui Facebook

Beberapa persoalan yang perlu kita senaraikan sebelum kita mula memasarkan sebarang perniagaan kita melalui Facebook, ini juga tidak jauh berbeza dengan mana-mana pemasaran perniagaan sekali pun.

5 Persoalan Wajib Dalam Diri Peniaga Facebook

Saya tidaklah hebat dalam penulisan perniagaan namun saya pernah menjadikan Facebook sebagai medium perniagaan saya pada tahun lalu.

Hasilnya alhamdulillah duit poket sangat mencukupi – itu sangat bersyukurlah kiranya daripada tidak ada apa-apa keuntungan kan?

Persoalan ini wajib anda tanya pada diri anda dan rakan kongsi perniagaan anda jika ada rakan kongsi:

1) Siapakah bakal pembeli kepada produk yang kita jual nanti? 
2) Siapakah golongan sasaran kita, muda, remaja, dewasa atau warga emas?
3) Tempat berhubung dengan pembeli atau pelanggan kita? –

Ini biasanya menjadi permasalahan dalam perniagaan Facebook hari ini, adakah menggunakan sistem PM, Wassap, Wechat, SMS atau panggilan.

4) Jenis produk yang mendapat permintaan utama atau pilihan pembeli? –

Sangat penting kerana jika golongan sasaran kita remaja mana mungkin kita mahu menjual produk permintaan orang dewasa atau warga emas. Jadi sasaran dan target harus tepat untuk setiap golongan sasaran.

5) Cara mana lagi anda mahu untuk berniaga diFacebook pada hari ini?

+ Adakah dengan cara post di group-group perniagaan di Facebook?
+ PM iklan anda kepada inbox setiap rakan anda di Facebook?
+ Post di wall anda setiap satu jam?
+ Bina sebuah page khas untuk satu produk sahaja?

Melihat kebanyakan orang yang berniaga diFacebook telah membuat satu kesalahan apabila membuat sebuah page untuk satu produk sahaja.

Kita perlu lihat untuk tempoh jangka masa yang panjang dimana – apakah produk itu akan berkekalan untuk tempoh yang lama atau sekadar “panas seketika”?

Adalah lebih baik membuat satu page dengan branding tersendiri dan mempunyai beberapa produk yang anda ingin pasarkan ini lebih memberi jaminan dalam momentum perniagaan anda dari semasa ke semasa.

Cari Pakar Yang Telah Berjaya

Seperti yang dijangka ramai yang malu dan malas untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar dalam sistem perniagaan di Facebook ini.

Teruskan segera untuk dapatkan panduan cara berniaga melalui Facebook disini. Semoga dengan teknik dan panduan ini lebih memberi kejayaan kepada anda dalam perniagaan.

KLIK SINI untuk dapatkan panduan.

Wednesday 15 June 2016

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

membuatkan saya teringat 2 hari lepas saya ada menerima satu emel daripada pembaca tentang menghasilkan duit dari blog dengan niatnya ingin membuat blog secara mendalam. Jadi terfikir juga punca utama ada sebahagiannya datang dari Facebook.

Memerangkap pemasaran perniagaan anda secara bijak melalui pemasaran platfom Facebook sebenarnya anda mampu menghasilkan duit secara pasif. Masih ingat dengan entri menghasilkan pendapatan pasif saya tempoh hari?

Kalau kita sedar pendapatan pasif juga bermula dengan Facebook dan lebih mantap lagi bila anda gabungkan Pemasaran Facebook + Pemasaran blog = Duit dan duit.

Bagaimana caranya bro?

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Ada beberapa golongan pengguna Facebook hari ini yang mana mereka ini akan membezakan cara penggunaan Facebook mereka secara harian, jom lihat anda berada dikalangan yang manakah:

+ Golongan suka buat duit – semua link dia post di Facebook.
+ Golongan suka main permainan Facebook – semua permainan dia cuba.
+ Golongan suka update status – setiap gerak-geri dia update
+ Golongan suka Like dan Share – boleh dikatakan bagus menyokong insan lain
+ Golongan suka berniaga – setiap waktu hanya bicara tentang niaga
+ Golongan suka ping entri – setiap hari akan ping entri untuk promot entri baru
+ Golongan suka online saja-saja – hanya sekadar pengguna tapi tidak mempergunakan
+ Golongan yang selain daripada 7 golongan ini 

Jadi daripada kalangan pengguna yang ada hari ini, semakin ramai yang cuba memanipulasikan penggunaan Facebook untuk tujuan pemasaran perniagaan mereka.

Boleh dikatakan kebanyakan yang berniaga mempunyai Fanpage dan Blog bagi memantapkan lagi usaha dan hasil promosi perniagaan mereka.

Teknik Pemasaran Berkesan

Dua minggu lepas saya ada sertai secara tidak langsung mengenai cara pemasaran perniagaan melalui Facebook.

Terus terang saya katakan ada 2 kategori orang berniaga yang saya sempat dengar tempoh hari:

Cara bercakap dan penyampaian tidak kena dengan sasaran jualan atau promosi.Tak semua yang bijak berniaga secara online mampu berniaga secara berdepan dengan pelanggan

Ya, mungkin ada yang hebat berbicara dan memukau pelanggan melalui kata-kata dan ayat promosi namun ada juga yang tidak pandai menarik pelanggan dengan lisan dan ayat manis tapi hebat dalam mempromosikan barangan secara online.

Menjadi satu kelebihan bila anda mempunyai kedua-dua kelebihan tersebut dan masanya untuk anda letupkan perniagaan anda.

Promosi secara lisan + Pemasaran melalui Facebook = Bukti bergambar + Testimoni 

4 Teknik Pemasaran Facebook Secara Umum

Ya, 4 teknik pemasaran Facebook ini telah ramai yang tahu tapi tak ramai juga berjaya, tapi inilah 4 teknik yang mampu anda jana 3 hingga 5 angka sebulan (ayat MLM):

1) Bina Fan Page Produk 2) Memaksimumkan Penggunaan Fan Page
3) Sistem perkongsian bergambar secara berterusan. 4)  Lakukan strategi “paksa” pelanggan

Anda bina fan page nama anda tapi anda promosikan bahan jualan anda – sangat tidak menepati.

Anda mempunyai Likers yang ramai di Fan Page anda tapi anda jarang sesekali “menjaga mereka” – Page feed anda akan hilang daripada Homepage mereka, rugi.

Kongsikan gambar yang berkaitan dengan fanpage anda sebagai mengekalkan trending page anda di homepage mereka.

Paksa pelanggan bukan bermakna memaksa setiap pelanggan yang bertanya itu untuk membeli.

Paksa pelanggan juga anda boleh lakukan secara halus seperti beli barang perniagaan anda dan dapat bonus, hadiah misteri dan apa saja yang membuatkan mereka akan membeli.

Marketing versus Strategy

Ayat yang anda akan jumpa setiap kali anda baca, hadiri dan dengar tentang teknik pemasaran yang berkesan, tapi rugi kerana proses mempraktikkannya agak sukar dan tidak tahan lama.

Jadi gandakan proses pemasaran dan strategi dengan lebih berkesan jika betul-betul ingin meledakkan sistem pemasaran peniagaan anda menjadi pendapatan utama anda.

Bagaimana? Dapatkan sebuah pamduan lengkap bagaimana anda mampu terjemahkansistem teknik pemasaran dan strategi perniagaan anda secara pasif dan mendapat pendapatan seberapa angka yang anda mahu.

Kalau kita tiada guru cari guru, kalau tiada ilmu cari ilmu. Kalau sudah ada belum tentu masih cukup, maka perlulah sentiasa tambah.

Dengan sistem yang berkesan peluang anda semakin besar

KLIK SINI dan dapatkan sistem yang berkesan dalam meningkatkan penjualan anda di Facwbook

Tuesday 14 June 2016

Strategi Menjual Produk di Facebook


Facebook. Siapa yang tidak pernah dengar akan perkataan magik ini? Ia adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri. Hari ini fenomena Facebook telah melanda segenap lapisan masyarakat. Miskin, kaya, tua, muda, pemimpin negara, rakyat biasa, pegawai tinggi, kuli, polis, penjenayah, dan bahkan pengemis jalanan pun ada akaun Facebook.

Seseorang apabila ditanya sama ada memiliki akaun Facebook atau tidak, jika jawapannya “tidak ada”, si penanya akan memandangnya dengan penuh skeptikal. Seperti tidak lengkap jika tidak ada Facebook. Seperti orang yang tidak memiliki telefon bimbit. By the way, kita jangan lupa bahawa Facebook juga boleh ‘dimain’ hanya dalam handphone.

Kegilaan terhadap Facebook telah melahirkan golongan yang ketagihan laman sosial ibarat virus ini. Contohnya, selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, berusia 32 tahun, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan post-post terbaru yang ingin diletakkan di Wall. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya. Kegilaan ini dikatakan memuncak apabila di Mesir, seorang ayah pula menamakan bayinya yang baru lahir dengan nama Facebook . Al-Ahram, sebuah surat khabar yang cukup popular di Mesir menulis, seorang ayah bernama Jamal Ibrahim yang berusia sekitar 20 tahun hendak mengungkapkan perasaan terima kasihnya di atas kemenangan Revolusi 25 Januari, dengan memberi nama anak perempuan pertamanya yang baru lahir dengan nama “Facebook Jamal Ibrahim”!

Mari kita selidik dari mana datangnya fenomena luar biasa zaman kini ini.

Pengasas Facebook , Mark Zuckerberg, telah membina laman web rangkaian sosial ini ketika beliau baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Harvard. Beliau melancarkan Facebook pada bulan Februari 2004. 24 jam selepas pelancarannya, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa satu bulan, hampir separuh pelajar sarjana muda Harvard telah memiliki profil Facebook.

Pada mulanya Facebook disasarkan sebagai rangkaian sosial pendidikan dan telah berkembang ke universiti-universiti di seluruh Amerika. Hanya setahun selepas pelancarannya, Facebook telah berkembang melibatkan penuntut sekolah tinggi Amerika dan ‘menjelajah’ ke universiti-universiti di United Kingdom. Selepas itu fenomena rangkaian sosial Facebook seperti tidak dapat dibendung lagi dan sesiapa saja yang memiliki e-mail boleh membuka akaun Facebook di seluruh dunia. Facebook mengumumkan jumlah ahlinya sudah melebihi 30 juta orang pada tahun 2007. Hari ini jumlah ahli Facebook sudah melebihi 800 juta orang.

Facebook amat popular kerana aplikasi-aplikasinya yang mudah, menarik minat, dan percuma. Selain daripada itu ahli-ahlinya juga boleh membina aplikasi-aplikasi sendiri untuk digunapakai atau dimainkan dalam Facebook. Facebook mendapat keuntungan daripada pengiklanan. Syarikat-syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo pernah menaruh minat untuk membeli Facebook dengan menawarkan harga sehingga USD$2 bilion, tetapi ditolak oleh Zuckerberg.

Sedar tak sedar fenomena ini telah memberi impak yang banyak baik kepada individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Di dalam Facebook sesiapa saja bebas untuk mengatakan apa saja; memuji, mengutuk, meluahkan kemarahan, kejiwangan, kepandaian, dan juga kebodohan. Oleh itu impaknya boleh jadi positif dan boleh jadi juga negatif, bergantung kepada siapa yang membuat kenyataan dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Facebook juga dijadikan medan untuk bertemu dengan sahabat handai yang sudah lama terpisah, dan bahkan ada yang menemukan pasangan hidup melalui Facebook. Facebook juga boleh digunakan sebagai medan percambahan minda melalui perbincangan-perbincangan maya yang efektif. Dan dengan cara yang berpatutan, ahli-ahli juga boleh menyalurkan ‘kegiatan2 ibadah’ melalui Facebook.

Bagi yang lebih kreatif dan berwawasan, mereka menggunakan Facebook untuk tujuan komersial dengan menjual produk dan membina jaringan pemasaran. Antara cara-cara yang biasa yang digunakan oleh usahawan internet, pelajar kolej, suri rumah tangga mahupun sesiapa sahaja sebenarnya bukanlah luar biasa seperti yang disangka. Malah, sebenarnya ianya agak mudah!

Sebelum menjual produk, sudah tentu kita perlu mempunyai jumlah rakan atau dipanggil Friends dalam Facebook dahulu. Lebih ramai Friends, lagi senang untuk menjual, betul? Tetapi bagaimana cara untuk membolehkan ramai yang Add anda? Pertama sekali ialah anda, sebagai penjual, digalakkan menggunakan gambar profil yang menarik. Elakkan menukar-nukar gambar profil secara kerap. Gunakan satu gambar secara konsisten. Jadikan gambar profil sebagai logo di Facebook ini. Kedua, perbanyakkan pengisian seperti menulis artikel. Orang akan klik Share dan kemudian orang lain akan Add kita selepas membaca artikel yang telah diSHARE oleh rakan mereka tersebut.

Ketiga, layari Wall rakan Facebook lain dan berikan komen pada status, foto, imej, video atau artikel mereka. Aktif menggunakan Links, Photo, Video dan Notes. Keempat-empat elemen ini cukup berpengaruh untuk mendapatkan respon yang singkat berbanding kaedah email. Kita boleh tag sesiapa rakan yang dikenali serta share links ke dalam mana-mana groups atau pages dengan mudah sekali. Paling mudah share links atau tag gambar yang menggambarkan sesuatu yang positif, quote yang menginspirasikan, atau gambar yang melucukan. Ini akan dapat menarik perhatian sasaran serta membolehkan kita berinteraksi untuk menjadikan ianya lebih viral. Disarankan elemen ini digunakan lebih kerap setiap minggu bagi mendapatkan respon dari members selain terselit agenda simbiotik untuk publisiti atau promosi.

Keempat, letak Widget Facebook di blog. Selitkan juga link ke profile Facebook kita di artikel blog. Manfaatkan kombinasi Facebook Widgets untuk menambah Friends. Ada banyak jenis widget untuk profile, pages mahupun groups. Kita boleh sesuaikan dengan mana-mana blog yang kita miliki serta menjadikan ia lebih viral dengan Facebook . Kombinasi ini cukup penting menjadikan web atau blog kita lebih interaktif serta mempunyai peminat atau pengikutnya yang tersendiri.

Kelima, sertai Groups yang aktif di Facebook. Tetapi pastikan anda hanya sertai yang relevan dengan produk anda. Aktifkan diri di sana seperti memberi komen pada status semasa dan pada mana-mana bahagian yang boleh diberikan komen. Pastikan memberi komen yang membina. Teknik viral serta e-marketing dengan Facebook sebenarnya ada pada function Facebook Groups & Pages. Ini kerana kita dapat mengumpul seberapa banyak mungkin list dengan kedua-duanya. Kelebihan jangka masa panjang diberikan kepada Facebook Pages yang mempunyai function Insight melihat statistik demografi yang sesuai untuk mensegmenkan pasaran. Manakala Facebook Groups lebih sesuai untuk perkara-perkara yang lebih santai dan bersifat tidak rasmi. Disarankan supaya fokus kepada pembinaan lebih daripada 10 jenis Facebook Groups & Pages dalam pelbagai niche. Ini akan menjadi aset sekunder yang boleh menggantikan autoresponder berbayar yang jauh menjimatkan tanpa apa-apa kos. Gabungkan Facebook Groups mahupun Pages dengan blog atau website bagi mendapatkan trafik yang berterusan.

Seterusnya, manfaatkan kelebihan Facebook Events. Di sini peluang terbaik untuk membawa social networking ini ke dimensi yang lebih serius. Anda boleh Create an Event untuk apa jua aktiviti atau program di alam realiti maupun secara maya. Sebagai contoh, anda boleh berjumpa sambil main permainan Cashflow 101 yang mengajar banyak perkara tentang financial management. Event tersebut mmg cukup berfaedah sekali, dan kita patut buat apa jua event dalam sekali sebulan untuk meningkatkan prestasi networking kita dengan orang lain. Yang terakhir, bantu rakan Facebook secara ikhlas atau bekerjasama dengan mereka. Mereka biasanya akan Tag nama kita pada ruang status mereka. Daripada Tag itu, rakan-rakan mereka akan klik pada nama kita dan akan memasuki profile Facebook kita. Mereka akan Add kita jika mereka berminat.

Akhir sekali, elakkan bermain game atau chat yang tidak bermanfaat. Ok, ini merupakan aktiviti yang kurang efisyen bagi usahawan internet jika terlalu banyak main game atau chatting yang tidak bermanfaat. Facebook ini wajar dijadikan saluran pemasaran yang berpotensi untuk mencapai anggaran jualan produk yang tinggi. Chatting dengan prospek dibolehkan, tetapi ianya bukan tempat untuk bercanda maupun mengorat. Jadikan Facebook medan pemasaran yang paling menguntungkan. Itu baru tips, belum tentang pantang larang di Facebook lagi!

Begini, untuk mendapat anggaran jualan yang memuaskan, kita perlu konsisten. Tidak boleh tenggelam timbul, sekejap aktif, sekejap tidak. Pastikan kita mengenali sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih di Facebook ini sebagai rakan tetap kita di mana kita sering melawati ruangan Facebook mereka, termasuk memberikan komen yang membina dan bermotivasi. Kesilapan kebanyakan penjual ialah mereka menjual di Facebook seperti mereka menjual di Mudah.com. Itu salah! Promosi secara agresif adalah amat kurang sesuai. Keberkesanan pemasaran di Facebook adalah terletak kepada sejauh mana keikhlasan kita, komunikasi kita dengan rakan-rakan Facebook dan juga sebanyak mana kita memberikan informasi yang berguna. Cara pemasaran di Facebook lebih kepada soft marketing seperti berkenal-kenalan, bertegur-sapa, berkongsi informasi, memberi pendapat dan lain-lain lagi. Fokus kepada perbincangan positif dan berpotensi. Kita memerlukan identiti yang dihormati dan disegani lawan maupun kawan. Oleh itu proses jual beli mahupun perbincangan di Facebook perlu berhikmah dan bijaksana.

Jika ada perkara yang tidak dipersetujui maka berhujahlah dengan dalil, fakta yang konkrit disulami bahasa yang santai dan terbuka. Digalakkan menyertai perbincangan yang konstruktif, kolaboratif dan positif dalam memberi manfaat kepada semua warga Facebook . Isu sensitif melibatkan agama, bangsa dan apa jua yang mudah menggugat sensitiviti perlu berhati-hati serta di sini letaknya kecerdikan akal untuk mengimbangi emosi. Elak konfrontasi terbuka dengan mereka yang berfikiran negatif, sebaliknya berkawanlah dengan mereka yang mempunyai identiti yang positif jauh lebih baik.

Seterusnya, kuantiti bukanlah segala-galanya. Tidak semua akaun Facebook Friend kita adalah aktif. Ada yang sekadar suka-suka, masuk Facebook tidak terlalu kerap dan ada juga akaun yang belum lengkap profile mereka. Untuk itu, jika berkesempatan, Remove Friend yang berkaitan seperti Friend yang menyertai kita sekadar mahu mempromosi program buat duit atau skim cepat kaya semata-mata.

Manfaatkan Facebook sebaiknya kerana ia adalah fenomena pemasaran paling hebat di zaman ini!

Tahukah anda di Facebook anda boleh jana pendapatan lumayan swhingga 4 angka.. bagaimana?

KLIK SINI dan anda akan tahu jawapannya..segalanya terkandung di sini..

Monday 6 June 2016

5 tips pemasaran facebook ' pasti unrung'

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Pemasaran Facebook adalah satu daripada medium pemasaran yang digunakan oleh semua bisnes.

Tidak kira bisnes itu kecil mahu pun organisasi yang bernilai ratusan bilion ringgit, laman sosial media yang mempunyai lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia ini dijadikan sebagai sasaran utama untuk mencari pelanggan.

Di Malaysia, pemasaran Facebook sudah memberi kesan kepada pemilik-pemilik bisnes. Ada yang menggunakan pengiklanan untuk mencapai sasaran pelanggan yang spesifik demografiknya.

Ada juga perniagaan yang menggunakan Facebook Pages untuk membina hubungan yang baik dengan prospek. Kemudian mencipta satu lagi saluran pendapatan tanpa had menggunakan Facebook.

Justeru itu, dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa maklumat penting bagi para pembaca yang berminat untuk belajar pemasaran Facebook.

Siapa Bryan Gan – Pakar Pemasaran Facebook

Mungkin namanya tidak begitu dikenali dalam kelompok usahawan Internet tempatan. Tetapi Bryan Gan adalah usahawan Internet yang sudah bergiat lebih 15 tahun dalam industri ini.

Malah syarikat beliau juga telah dipilih dalam senarai top 3 di Malaysia untuk membentangkan idea perniagaan di Silicon Valley. Ia merupakan anjuran StartupMalaysia.org.

Bryan Gan cukup sinonim dengan pemasaran Facebook dan pembangun aplikasi Octopost yang membantu para usahawan untuk menggunakan Facebook sebagai senjata promosi maksima.

Dalam seminar Fesbuk Marketing Power yang dianjurkan beliau bersama Dr. Azizan Osman, terdapat pelbagai perkongsian bermakna yang diperoleh. Antaranya adalah:

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Engagement dahulu, jual kemudian.Bersabar, konsisten, kemudian senyum.Sekali berkeras, seribu pelanggan lari.Testimoni ledakkan keyakinan.Strategi Facebook Timeline.

#1 – Engagement Dahulu, Jual Kemudian

“Pelanggan mahu kenal penjualnya, baru mereka membeli dengan gembira.” – Bryan Gan.

Untuk menghasilkan banyak jualan di Facebook, perkara pertama yang mesti difahami oleh para usahawan adalah engagement. Ia bermaksud penglibatan dalam dunia laman sosial itu sendiri.

Pembeli tidak akan berurusan dengan individu yang tidak boleh dipercayai di Facebook. Mereka mahu berurus niaga dengan mereka yang mempunyai:

Gambar profil yang jelas.Berkongsi maklumat yang bermanfaat di dinding Facebook.Mesra dengan rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan:  Seni Menjual Dengan Bahasa Badan

Bagi yang pertama kali menggunakan Facebook, tidak ada engagement di antara pelanggan adalah aktiviti yang membuang masa. Kita berkemungkinan besar tidak akan dapat menghasilkan jualan.

Jika dapat, ia boleh dicantas dengan penjual lain yang mengamalkan strategi engagement ini.

#2 – Bersabar, Konsisten, Kemudian Senyum

Pemasaran menerusi laman web sosial media seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan banyak lagi adalah pemasaran yang mendidik kita untuk bersabar.

Kejayaan bukan diperoleh dalam masa satu hari. Menurut Bryan Gan, masa untuk lihatkeberkesanan pemasaran Facebook adalah sekitar 1 minggu. Paling lewat pun adalah sekitar 30 hari.

Namun semua ini boleh direalisasikan dengan lebih pantas, sekiranya kita mempunyai sistem pemasaran Facebook yang betul-betul berkesan.

#3 – Sekali Berkeras, Seribu Pelanggan Lari

“Awak, belilah produk saya. Produk saya ini bagus dan harganya pun murah. Belilah ya, awak? Tolong ya beli… Tolonglah…”

Ayat di atas mungkin ayat yang sinonim kita baca di ruangan Facebook. Ada yang lebih rajin, mereka sanggup menghabiskan masa untuk tag ratusan rakan-rakan mereka di Facebook untuk menjual produk semata-mata.

Umumnya, cara ini membuang masa dan membunuh kredibiliti kita. Cara ini digelarkan hard sell oleh Bryan Gan, dan beliau tidak bersetuju dengan aktiviti pemasaran seperti ini.

Cadangannya, bina hubungan yang baik dengan para pelanggan terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan menerusi perkongsian maklumat yang berkaitan dengan produk kita.

Contohnya, jika kita menjual seminar Fesbuk Marketing Power, antara ayat yang boleh digunakan adalah:

“Seminar Fesbuk Marketing Power adalah seminar yang memberikan maklumat kepada para peserta, tentang teknik pemasaran dan promosi yang terbukti berkesan, untuk meningkatkan jualan produk kita di Facebook.

Cara pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web rasmi mereka (Klik Di Sini).”

Memberikan maklumat lebih persuasif berbanding menjual secara keras-kerasan (hardsell).

Artikel Berkaitan:  Tip Jurujual Unggul : Menjual Hanya Dengan Senyuman

#4 – Testimoni Ledakkan Keyakinan

Pelanggan yang berpuas hati biasanya akan berjaya menambat hati pelanggan lain untuk mencuba produk yang digunakannya.

Ini adalah kuasa testimoni dalam perniagaan.

Di Facebook, kita boleh mengambil peluang untuk memaparkan senarai testimoni pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan produk kita. Paparan testimonial ini boleh dilakukan di Facebook menerusi:

Teks.Imej.Video

Lebih banyak testimoni yang dikongsikan, lebih tinggi keyakinan prospek kita untuk membeli produk yang ditawarkan di Facebook.

#5 – Strategi Facebook Timeline

“Jika syarikat besar seperti Upin & Ipin menggunakan Facebook Timeline untuk menjenamakan perniagaan, mengapa tidak kita?” – Bryan Gan.

Ramai yang merungut kerana Facebook mengubahsuai dan melakukan penambahan dalam profil penggunanya seperti kewujudan Facebook Timeline.

Dalam masa sama, ramai juga yang bersyukur dan bergembira terhadap inovasi ini. Kerana ia dapat membantu untuk menjenamakan perniagaan dan memberikan sudut pandang pertama yang kemas dari kaca mata pelanggan.

Bagi yang masih tidak tahu apa yang patut dilakukan terhadap Facebook Timeline, hasilkan reka bentuk grafik yang cantik dan menarik untuk memukau pelanggan kita.

Boleh lihat bagaimana Upin & Ipin, KFC, dan beberapa syarikat besar yang menggunakan Facebook Timeline sebagai senjata penjenamaan mereka. Menurut Bryan Gan, Facebook tidak membenarkan sebarang imej berbentuk promosi menerusi Timeline.

Namun begitu, ia terpulang pada kreativiti kita untuk mengambil peluang terhadap fungsi Facebook Timeline ini.

Sampi di sini sahaja hasil perkongsian saya. Harap dapat memberi swdikit bantuan kepada anda.

Nak dapatkan income sehingga 4 angka dan belajar teknik² pemasaran internet? KLIK SINI

Jangan lupa LIKE FAN PAGE SAYA YE..

SEKIAN

3 faktor kejayaan seorang interner marketer

Makin hari makin ramai rakyat Malaysia yang buat side income melalui Facebook. Baik yang Genuine @ fake Business semuanya lengkap. Ada yang dapat untung besar, ada juga yang dapat Cuma cukup-cukup duit poket dan ada juga yang HAUS... langsung gagal dapatkan sebarang hasil jualan..

Apa-apa pun..kita harus bersyukur dengan apa yang kita dapat dan bagi yang masih belum perolehi jualan, tingkatkan lagi usaha anda..dengan mendalami ilmu pemasaran internet yang betul.. Kata orang yang berjaya nak cipta suatu kejayaan mesti ada caranya,..Nak berjaya haruslah bergaul dan ikut cara orang-orang berjaya… 

Ok..Sebut saja pemasaran..saya nak sambung lagi berkenaan teknik pemasaran facebook yang berkesan. Pemasaran Facebook banyak memberi kesan positif kepada pemilik bisnes baik offline mahupun online..Ada yang guna pengiklanan facebook Ads untuk mencapai sasaran pelanggan yang spesifik demografiknya.

Dalam artikel ini, kita akan perhalusi 3 faktor kejayaan "Strategi Boleh Buat Duit" melalui Pemasaran Facebook berkesan, iaitu :

1. Entertaint dahulu, jual kemudian.
2. Bersabar dan konsisten dengan aktiviti di FB
3. Strategi Facebook Fanpage

#1. Entertaint dahulu, jual kemudian.

“Pelanggan mahu kenal penjualnya, baru mereka membeli dengan gembira.” – Bryan Gan

Kalau nak hasilkan ledakan jualan di FB, pokok utama yang mesti anda faham adalah “entertaint”. Seorang pembeli tidak akan membeli produk daripada orang yang dia sendiri tidak yakin. Apatah lagi kalau anda seorang yang baru berjinak dalam bidang pemasaran FB. 

Macam mana nak dapatkan kepercayaan daripada pembeli?

Mesti ada gambar profile yang jelas dan meyakinkan (Bukannya gambar hello kitty) Kogsikan maklumat mengenai kelebihan produk di wall FB anda Komunikasi dengan pembeli menggunakan teknik komunikasi yang berkesan Mesti ada support dan mesra dengan rakan-rakan FB

Untuk yang masih baru dalam pemasaran internet, Bina kredibiliti anda dahulu di FB supaya pembeli ketahui siapa anda. Tambahkan sedikit jampi kepercayaan dalam diri mereka bahawa kita adalah individu yang boleh dipercayai ..Ok..Bina friend list daripada pembeli produk anda..Perkenalkan diri anda dan beritahu mereka siapa anda. 

#2. Bersabar dan konsisten dengan aktiviti di FB

Pemasaran internet memerlukan kesabaran yang tinggi. Tambahan lagi pemasaran melalui laman sosial yang memerlukan interaksi antara pelanggan. Mana mungkin dalam 1 hari anda terus berjaya dapatkan hasil jualan. Sedangkan seorang pelajar nak dapat 8A pun perlukan masa dan sesi pembelajaran yang berterusan. Betul tak? Menurut Bryan Gan seorang penggiat pemasar internet sejak 15 tahun lalu beritahu. Untuk melihat keberkesanan sesuatu teknik pemasaran Facebook perlukan sekitar 1 minggu hingga 30 hari. Sekiranya lebih daripada itu, anda harus semak semula teknik yang anda gunakan.

Dapatkan Disini Teknik Tarik Fanpage tanpa henti dengan Kuasa Likes FB

#3 – Strategi Facebook Fan Page

Ramai yang merungut kerana masih gagal memperolehi hasil jualan pertama. Tak kurang pula yang tension kerana rakan-rakan mereka tidak support bisnes mereka apatah lagi nak like fan page. Apa pentingnya nak like fan page yang ramai? Kalau nak tahu, semakin tinggi jumlah “like” fan page kita terima, maka semakin besar potensi untuk kita sebarkan maklumat tentang bisnes kita kepada rakan-rakan yang “like” fan page. 

Misalnya, Bila anda hapdate wall post, rakan-rakan yang telah “like” fanpage tu mereka juga akan dapat lihat status hapdate pada bahagian “news feed” contoh seperti gambar di bawah :

Macam mana nak dapat untung dengan Fanpage ?

Pengiraan matematik yang mudah saya tunjukkan walaupun saya bukanlah pakar matematik. Kita buat andaian cuma 1% sahaja pengguna FB yang minat nak beli produk yang anda promosi. Makin tinggi jumlah fanpage makin tinggi jualan yang akan diterima. 

Pengiraan mudah :

100 likes aje fanpage anda

Jika anda jual 1 produk harga RM20. Maka potensi pembeli yang akan beli adalah seorang sahaja. (rujuk kebarangkalian 1% daripada jumlah likes)

1% x 100 likes = 1 orang

Keuntungan 1 x RM20 = RM20 sahaja

Berbeza jika anda mempunyai 10,000 likes dengan kebarangkalian jualan adalah 1% daripada jumlah fanpage anda. Jom kita kira 

1% x 10,000 likes = 1,000

Keuntungan 1,000 x RM20 = RM2,000!!

Cuba bayangkan keuntungan anda jika fanpage anda berjumlah 100,000 "likes"?

Akan datang saya akan update lebih banyak info . LIKE FANPAGE Saya sekarang sekiranya nak dapatkan update terjini dan tips² teebaru  tantang pemasaran fb.

Jika nak dapatkan income sehingga 4 angka san belajar taknik² pemasaran online KLIK SINI.

SEKIAN

21 Tip Pemasaran Facebook


Untuk Usahawan online
Facebook kini menjadi medan pemasaran yang efektif serta percuma. Semua itu dapat dilakukan JIKA ia digunakan dengan cara yang betul. Perlu kukuhkan apakah objektif sebenar kita di medan sosial ini.

Kesilapan menggunakan kaedah yang betul boleh menjatuhkan kredibiliti serta perniagaan yang  kita usahakan sekian lama. Ada beberapa kes di mana IM yang berjaya meraih income yang banyak sekian lama TETAPI hanya kerana kesilapan kecil menyebabkan ia hancur dan perlu memulakan kembali dari ZERO.

Baiklah...saya sendiripun aktif menggunakan Facebook sebagai medan pemasaran serta bersosial dengan rakan-rakan. Apa yang ingin saya kongsikan adalah 21 tip pemasaran Facebook untuk para usahawan melalui kaedah yang betul.

Sejujurnya saya perolehi tip ni dari otai IM tempatan itu sendiri yang menggelarkan nama samaran sebagai SmartZul dari laman blog beliau sendiri SmartUsaha.com. Ada sebahagian idea beliau saya praktikkan dan selebihnya insyaa Allah akan praktikkan kelak. 

Inilah antara 21 tip yang beliau nukilkan :-

1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu ‘networking’. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada interaksi.

2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.

3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.

4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.

5. Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di mata ahli FB jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai untuk mereka. Di FB, lebihkan ‘sharing’ berbanding promosi semata-mata.

6. Salah satu cara lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.

7. Selepas Add seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.

8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di FB.

Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia ada.

9. Semakin kita ‘rapat’ dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin mendapat perhatian.

10. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.

11. Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja. Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu ruang FB mereka.

12. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian HOME FB.

13. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account).

14. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.

15. Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog (RSS).

16. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu sahaja tanpa kawalan.

17. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi bentuk.

18. Saya dapati, jika kita menjadikan (memperlakukan) rakan-rakan (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam komunikasi iaitu ‘kita di atas dan mereka di bawah’, ia kurang berkesan di dalam menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual. Kurangkan ego mereka.

19. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.

20. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif, atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan) menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula terhakis.

21. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.

Diharap tip-tip di atas membantu anda juga untuk sama-sama melakukan pemasaran di Facebook dengan cara yang betul. 

Sekian sampai di sini dahulu post saya dan insyaa Allah kita jumpa di lain post. Terima kasih.

Sekiranya anda ingin me jana pendapatan sehingga  4 angka sebulan dan belajar teknik-teknik lain dalam pemasaran online KLIK SINI