Tuesday 31 May 2016

5 TIPS EMAS MENJADI KAYA RAYA

Boleh baca & amalkan 5 tips emas ni

[5 TIPS EMAS]

Saya baca buku THE RICHESTMEN IN BABYLON ..

Ada 5 TIPS nak jadi kaya & terus kaya..

1. Simpan 1 per 10 dari emas (10% duit) setiap bulan hasil dari gaji/ pendapatan kita.Ok simpan mesti tak boleh keluarkan sesuka hati.Simpanan ini hanya untuk pelaburan sahaja.SIMPAN & LUPAKAN..jangan gatl-gatal simpan bulan ni bulan depan keluarkan untuk repair kereta ke bli susu ke..tak boleh ya.

2.Emas (kondisi sekarang Duit) adalah pekerja yang gigih buat pemilik yang bijak.Emas akan bekerja lebih kuat bila dapat pelaung yang baik.Sekiranyanya seseorang menyimpan emas(duit) dan PELUANG akan datang bagi melipatgandakan keuntungan pemilik emas itu.emas menggandakan jumlah dengan cara yang tak di sangka-sangka.So kesimpulannya kita kena ada Saving dan staby je bila datang pelaung investment yang baik kita gunakan wang saving kita untuk laburkan bagi ia berganda Faham? wang akan bekerja untuk kita pula...

3.Emas berpegang kepada pemiliknya berhati-hati dalam melaburkan emasnya dan meminta nasihat orang yang bijak bagi menguruskan emasnya(duit).Emas akan lesap bagi merekaq yang Cuai dan mendapatkan nasihat dari orang yang salah atau tak bijak.Ok secara ringkasnya kita nak melabur mesti ikut nasihat orang yang bijak/berilmu atau yang berjaya untuk memastikan emas atau duit kita itu tak hilang malah ia terus terjamin dan terus memberikan pendapatan berterusan.

4.Emas akan terlepas dari tangan pelabur yang melaburkan ke perniagaan atau bidang yang mereka tak mahir atau yang tidak di persetujui oleh mereka yang mahir menyimpan emas.
Orang yang tak mahir menyimpan emas akan melaburkan emasnya ke tempat yang dia nampak untung padahal mereka yang mahir mengatakan ia tidak menguntungkan.
Keputusan mereka tak tepat & mereka terpaksa membayar kejahilan mereka dengan harta mereka.Sesiapa yang melaburkan atas nasihat orang yang mahir dengan emas dia orang yang bijak.
Ok ringkasnya nak melabur tu kena paham pelaburan apa? dan kena ada mentor atau orang yang memang pakar dan berjaya dalam pelaburan itu.Jangan hanya dengar untung besar & cepat kaya je nak labur terus..nanti lebur duit tu.

5.Emas akan lesap dari orang yang memaksa diri untuk memperoleh pendapatan yang di luar kemampuan dia.emas juga akan lesap dari orang yang ikut nasihat penipu yang licik tak berpengalamn dalam pelaburan & membiarkan emas dikawan oleh keinginan hawa nafsu.Ringkasnya bagi mereka yuang baru ada simpanan sikit , baru-baru ada duit mula nak melabur, terlalu terdesak nak cepat kaya.Bila datang peluang yang bukan-bukan yang menjanjikan bulan bintang mula gelap mata.Akhirnya pelaburannya LEBUR macam ramai yang terkena dengan SKIM Cepat kaya atau skim emas atau macam-macam skim2 lagi.

ULASAN SAYA:
Ok lepas saya baca 5 tips emas ni..saya rasakan ia memang benar..Ia perlu di teliti dan di amalkan..Jangan terlalu Obses nak cepat kaya..kena ikut stepnya, kena menyimpan jangan boros berbelanja.Simpan untuk pelaburan masa depan.
Kena ada ilmu.kena belajar & bijak meletakkan duit kita ke pelaburan yang selamat.Agar harta yang ada tak hilang malah ia berganda setiap masa.

Sekian..ulasan saya..

Azri Yusop
http://bit.ly/1nRXYTf

Saturday 28 May 2016

Bisnes Internet Paling Mudah untuk Newbie

Newbie atau orang baru dalam Internet Marketing memang mempunyai cabaran tahap “GABAN” untuk mula hasilkan pendapatan pertama dari internet. Mana taknya, kalau sebelum ni hanya tahu guna internet untuk cari maklumat, tengok youtube atau main game tapi sekarang ni nak kena gunakan internet untuk buat income. Pening beb!

Ada yang prasangka dan bersikap skeptikal bila memikirkan bagaimana hendak mula menjana income dari internet, risaukan tentang bagaimana nak bina website, produk apa yang ingin di jual, bagaimana menerima bayaran, promosi dan macam-macam lagi! Tambahan pula, ada yang terus buat andaian bahawa perniagaan internet perlukan modal yang sangat tinggi!

Hakikat sebenarnya, anda boleh mulakan bisnes internet tanpa modal (tapi kalau nak sedap, ada dalam RM200…dah ok dah), tanpa perlu ada produk dan tak payah bina website sendiri. Yang anda perlu FOKUS hanya pada promosi semata-mata!

Bisnes internet apa yang semudah itu?

Mudah sahaja…PEMASARAN AFFILIATE!

Ha? Apa bendanya tu?

Nama jer nampak gempak kawan! Tapi konsepnya sama ja macam bisnes offline iaitu tolong promote produk orang lain dan owner produk tersebut bagi anda komisyen jika dapat hasilkan jualan!

 Tak paham lagi, meh saya bagi contoh…

Katalah sebuah syarikat kereta antarabangsa ingin menjual kereta mereka di Malaysia dan mereka sedang mencari agen pemasaran yang boleh lakukan promosi untuk kereta mereka. Setiap jualan yang dihasilkan akan diberi jumlah komisyen tertentu. Anda pun daftar jadi agen pemasaran mereka dan mula lah promosi dengan cara anda sendiri. Hujung bulan sedar tak sedar ada 3-5 orang customer hubungi anda dan bersetuju nak beli kereta tersebut. Anda pun mula minta mereka isi form dan buat lah apa yang patut untuk mereka dapatkan kereta tersebut. Bila selesai urusan tersebut, customer anda dapat kereta mereka dan anda dibayar komisyen oleh syarikat kereta tadi kerana berjaya memasarkan produk mereka! Itulah model bisnes affiliate di dunia offline.

Dalam dunia online pula, Cuma produk sahaja yang berbeza , kebanyakkannya adalah dalam bentuk digital seperti  ebook,  video, software dan lain-lain.

Sebagai seorang newbie dalam internet marketing, bidang affiliate akan mengajar anda selok belok mempromosikan produk orang lain dahulu. Di sini anda secara tidak langsung belajar berkenaan trafik, SEO dan lain-lain.

Apabila anda mahir promosi, InsyaAllah berilah sebarang produk sekalipun anda pasti mampu jualnya dengan laris sekali di internet!

Harap sedikit coretan ini memberi sedikit idea pada anda. Mulakan sekarang!
http://bit.ly/1nRXYTf

RM 2,000 Sebelum Subuh.

Ini adalah bagaimana cara yang saya lakukan…Post saya kali ini agak teknikal sedikit, namun begitu saya harap anda boleh dapat sedikit gambaran dan boleh applynya dalam bisnes anda untuk hasilkan RESULT yang sama, InsyaAllah.

 Apa yang perlu anda ada adalah…

 PERTAMA: Landing Page

Landing page atau squeeze page adalah sebuah website yang saya gunakan untuk CHANNEL kan trafik  bagi mengumpul senari prospek yang berminat tentang offer tersebut.  Tujuannya hanyalah untuk kumpul database. Ini draftnya…

KEDUA: Auto Responder

Dalam landing page anda, anda mestilah mempunyai autoresponder untuk menyimpan database prospek anda dan juga anda gunakan system tersebut untuk email sebarang offer anda.

KETIGA: Offer

Setiap kali landing page anda dikunjungi oleh pelawat / visitor, convertkan mereka kepada list anda dengan memberikan ebook percuma. Syaratnya mereka mestilah memasukkan nama dan email mereka dan sahkan pendaftaran mereka! Jangan pening…segala proses teknikal ini akan diuruskan oleh autoresponder anda. Kerja anda adalah dapatkan pelawat/ visitor atau kata lainnya trafik ke landing page anda.

Sebaik sahaja mereka mengesahkan email mereka, mereka akan dapat download link ebook percuma mereka di dalam email yang mereka telah masukkan tadi. Perhatikan di sini, anda dah ada database! Yelah dah mereka masukkan nama email mereka dengan rela hati J. Sistem autoresponder anda tadi yang akan simpan maklumat tersebut…anda tak perlu pening-pening.

Selepas itu anda BEBAS menghantar email ke database anda berkenaan sebarang offer yang berkaitan.  Offer di sini mungkin pada promosi bisnes anda atau affiliate produk lain.

Keseluruhan prosesnya adalah…

Saya hasilkan RM2,000 sebelum subuh hanya dengan automasi bisnes saya dengan menarik trafik dari Facebook ke Landing page saya dan menggunakan kelebihan yang terdapat dalam system autoresponder untuk automasikan promosi saya selama mungkin. Saya automasikan bisnes saya untuk menjadi mesin duit.

Selain itu, saya turut intergrate fungsi “share” di Facebook untuk viralkan landing page tersebut bagi mendapatkan lebih banyak trafik secara PERCUMA.

Saya dah kata dah…penerangan saya ni agak teknikal. Kalau nak tahu step by step lagi, boleh refer sini:  http://bit.ly/1nRXYTf

Friday 27 May 2016

3 Tips Kalahkan Pesaing Bisnes Internet

Dalam perniagaan internet juga anda tidak terlepas dari persaingan , namun begitu bukan semua pesaing mengamalkan persaingan yang sihat ada yang sanggup hack website, hack akaun Facebook dan macam-macam cara lagi yang mereka lakukan.

Dalam post ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips untuk dapatkan hasil berganda atau lebih banyak dari pesaing anda. Of course ianya “persaingan yang sihat”

PERTAMA : NILAI TAMBAH

Berbanding dengan pesaing anda, anda boleh berikan nilai tambah tertentu pada produk anda contohnya jika anda menjual tudung online, anda boleh berikan BONUS istimewa seperti berikan mereka hadiah mungkin kerongsang percuma, inner tudung percuma.

Jelas teknik ini meningkatkan lagi value anda. Anda juga boleh tambahkan unsur-unsur scarcity dengan hanya memberikan BONUS tersebut pada hari pertama Ramadhan…contohlah.

KEDUA: MEMBERSHIP

Bila mereka beli produk anda, cuba anda add mereka dalam membership anda. Tujuannya adalah untuk anda kumpul customer dan buatkan mereka jadi “REGULAR CUSTOMER” anda.

Contohnya macam tudung tadi, why not selepas sahaja mereka buat bayaran minta mereka isi form untuk order sekaligus gunakan order form tersebut untuk collect list mereka dan beritahu mereka bahawa dengan pembelian pertama ini mereka telahpun menjadi ahli atau mempunyai membership dengan kedai anda. Oleh itu mereka berpeluang untuk dapat pelbagai offer yang menarik.

Tugas anda selepas dapat list tersebut adalah, update promosi ataupun stok baru yang masuk ke kedai online anda.

KETIGA: WEBSITE

Perkara ini sangat serius dan ramai orang pandang remeh tentang perkara ni. Bagi mereka cukuplah dengan ada website sahaja. “Alaaaah akak letak barang macam ni pun…senget-senget dalam website pun ada orang beli” …saya selalu dengar peniaga konvensional berkata sedemikian bila saya syorkan mereka buat proper website.

Bagi saya, jagalah bisnes anda seperti ianya satu bisnes yang sangat besar walaupun anda hanya bisnes di rumah sahaja. Buatkan proper website, ecart untuk memudahkan pembayaran, link kan dengan Facebook Fanpage anda dan macam-macam lagi. Tak lupa juga, letakkan gambar terbaik produk anda. Cuba usaha konon-konon gambar tersebut seperti di shoot di studio, padahal melalui camera smartphone anda sahaja. Barulah bakal prospek anda BERSELERA nak beli barang di kedai anda.

Tips-tips ini mungkin anda nampak remeh sahaja, TETAPI ketahuilah kalau syarikat besar pun megimplementasikan kesemua elemen ini, WHY NOT anda pun masukkan juga ke dalam kedai online anda.

Pesaing anda pun akan kecut perut bila tengok bisnes anda sebegini hebat. Bakal prospek anda pula lebih mempercayai bisnes anda dan lebih mudah untuk membeli dari anda. Secara tak langsung sudah tentu jualan anda meningkat berkali ganda berbanding pesaing anda.

Harap tips ini membantu anda.