Monday 11 July 2016

Tips CopyWriting

Salam sejahter,

Entri kali ni saya akan kongsikan  satu tipis bagaimana nak mencipta satu copywriting yang sempurna dan dapat menghasilkan daya tarikan yang menarik yang mampu menarik prospek anda untuk membeli produk anda.

Sebelum itu, anda perlu baca dengan teliti dan buka minda seluasnya..

Katakan saya menjual produk lebatkan rambut untuk wanita.

Di sini ada 25 pilihan HEADLINE untuk dipilih sebagai tajuk iklan, dan akan tentukan storyline ayat iklan secara keseluruhannya. 
1) SIS, NAK LEBATKAN RAMBUT ?

2) SIS, RAMBUT X BERAPA LEBAT?

3) 7 FORMULA RAHSIA LEBATKAN RAMBUT!

4) PUAS MENCARI FORMULA LEBATKAN RAMBUT YG BERKESAN TAPI MASIH X JUMPA2?

5) "DARLING, NAPE RAMBUT U NI DAH TAK MCM DULU"

6) LPS BERSALIN, RAMBUT NANI KEGUGURAN DGN TERUKNYA..

7) "JANDA SBLH RMH JELES BILA RAMBUT KAK HANA LG LEBAT DARI DIA"

8) RASHIDAH RISAU SGT DGN MSLH RMBUT GUGURNYA.

9) KAK ANIS DEDAHKAN BAGAIMANA RAMBUT KEMBALI LEBAT DLM MSA 14 HARI SLPS  ALAMI MSLH KEGUGURAN RAMBUT YG MELAMPAU SLPS BERSALIN ARITU.

10) RAMBUT BYK GUGUR? RISAU? XTAU NAK BUAT APA?

11) NEW - FORMULA ADVANCED YG LEBATKAN KEMBALI RAMBUT DIDEDAHKAN

12) ARGGH! TIDAK SANGGUP LAGI RAMBUT "TANGGAL" TIAP KALI BANGUN TIDO

13) 9/10 WANITA TAKUT BILA RAMBUT GUGUR. ANDA BAGAIMANA?

14) FORMULA LEBATKAN RAMBUT PLG DIPERCAYAI OLEH ORG PUTRA JAYA SEJAK 2007.

15) 12,337 WANITA 30-AN DI KL TELAH KEMBALI LEBAT RAMBUTNYA SLPS MENGHIDAP PENYAKIT "GUGUR SLPS BERSALIN".

16) NEK KIAH JUAL ULAM KAT PASAR TU YG REKOMEN SSGT RASHIDAH PAKAI KRIM LEBAT RAMBUT NI

17) NAK RAMBUT KEMBALI LEBAT? BERSINAR? HITAM?

18) JIKA SAYA DEDAHKAN 5 LANGKAH MUDAH BAGAIMANA ANDA BOLEH LEBATKAN KEMBALI LEBATKAN RAMBUT ANDA SLPS BERPANTANG, ADAKAH ANDA BERMINAT?

19) ANDA AKAN JUMPAI FORMULA PULIHKAN KEMBALI RAMBUT YG GUGUR SLPS BERSALIN PD LINE KE 37 DLM AYAT INI.

20) 90% WANITA AKAN MENGALAMI MSLH KEGUGURAN RAMBUT SLPS BERSALIN. ADAKAH ANDA SLH SEORANG DARINYA?

21) PERHATIAN: IBU MUDA YG ADA MSLH RMBUT MENIPIS

22) JANGAN BACA INFO INI JIKA SIS TIADA MSLH RAMBUT GUGUR!

23) ORG RAMBUT LEBAT JGN BACA POST NI!

24) "ADA KE ORG FITNAH KAK MOH PAKAI RAMBUT PALSU!"

25) "CAIRKAN" SUAMI DGN RAMBUT ALA2 VIDAL SASON

--> Pilih yang mana menarik perhatian Azri.

Dah pilih? 

Bukan nak suruh pilih sebenarnya. Di sini saya nak ajar amda bagaimana menulis headline.

Tulis minima 16 headline sebelum Azri mula menulis copywriting Azri. Ya, 16 paling minima! 

Apa reasonnya? 

Headline pertama, belum tentu yang terbaik bukan? Yang ke-2, ke-3, insyallah akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebab apa?

Sebab otak kita secara automatik akan menjadi lebih kreatif, dan akan memaksa kita mencuba idea-idea yang lebih baik dari sebelumnya.

Kalau dah buat 16 headline, pasti anda akan jumpa yang paling sesuai, paling terbaik. Dan akan dijadikan permulaan penulisan ayat copywriting Azri.

Ini juga adalah latihan untuk amda. Semakin rajin amda berlatih menulis headline, insyallah semakin mahir amda dalam copywriting.

16 headline ni baru skit..

Tak boleh 16, cuba tulis 100 headline. Insyallah semakin mahir Azri dalam penulisan headline..

AMAL-AMALKAN..

Dah baca kesemuanya?
Bagus😀 ambil pen dan kertas kemudian tuliskan sebanyak mungkin headline yang bersesuaian dengan produk anda. Kemudian pilih satu yang terbaik dan lihat hasilnya.

Jangan malas!!

Sampai sini sahaja entri saya kali ini... Nantikan entri saya di lain masa.

Anda boleh dapatkan contoh ayat copyweitinhg dwnhan KLIK SINI

sekiranya berminat nak dapatkan lebih info rahsia bisnes online, KLIK SINI

Sunday 3 July 2016

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Dapatkan “Repeat Customer”


Yes, berkali-kali! Customer yang sama datang balik pada anda dan repeat order. Pastu, bukan setakat repeat order, die promot lak bisnes anda kat kawan-kawan dia. FREE marketing tu..

Sebagai pemilik bisnes, anda kena fikir macam mana nak buatkan customer jatuh cinta berkali-kali pada bisnes anda, stickdengan anda. Sampai satu masa, anda tak perlu lagi susah-susah nak cari new customer.

Anda fokus pada customer sedia ada, customer sedia ada tu yang tolong carikan customer baru untuk anda..

Amacam, anda nak tau ke? Ke dah tau? Kalau dah tau dan tak nak tau, saya pun tak nak lah  share…

“Jangan la camtu, saya tak tau lagi ni..”

Yela...😃

Saya share la sikit ye..

Teknik ni saya panggil teknik ‘halus’, sebabcustomer tak perasan pun kita tengah ‘pikat’ die untuk jatuh cinta pada produk dan bisnes kita.

Pernah dengar CUSTOMER SERVICE? <– Inilah rahsianya..

Customer service yang baik bukan sahaja membantu untuk melonjakkan sales, tapi juga dapat menghasilkan LOYAL CUSTOMER.

LOYAL CUSTOMER ni kita hanya akan dapat kalau mereka LOVE & TRUST dengan servis kita.

“Ok..macam mana caranya?? Bagitau lah cepat!”

Rileks.. rileks.. rileks.. nak citer la ni!

Ok, anda boleh try apply 5 Teknik Halus ni:

#1: FAST RESPONSE

Salah satu bahagian terpenting dalam teknik halus ni, RESPONS dengan “sepantas” mungkin.Customer akan cepat ‘impress’ kalau kita respon pada mereka dengan cepat. Kalau ada orang komen kat post fb kita, reply laju-laju. Kalau ada orang pm, wasap, jawab dengan segera.

Kalau dah tak terlayan nak jawab semua tu, tambah staff khas untuk reply pm dan wasap tu. Jangan biarkan customer tunggu terlalu lama. Kalau mereka tunggu sampai 5 minit pun takde respon, dah kira lambat dah tu.

Mungkin mereka dah beli dari peniaga lain.. rugi tak?

So kalau perlu, jangan kedekut untukinvest sikit, tambah staff dan belismartphone yang fokus untuk respon pm dan wasap dari customer.

Pada zaman sekarang ni, kepantasan sangat penting! Semua orang nak laju. Lambat sikit je orang dah marah, lepas tu merajuk tak nak beli lagi.

Aduhh.. kadang-kadang sakit hati juga! Tapi apa boleh buat, mereka tak tahu. Sebab itu kita perlu beritahu dan jelaskan kenapa kita lambat. Customer sebenarnya nak respons je, takut kene tipu. Biasalah beli online, ada ramai pembeli yang dah kene tipu.

Jadi, sebagai peniaga.. cubalah cari jalan bagaimana cara nak respons semua pm & wassap dengan cepat.

#2: PERSONAL TOUCH

Pelanggan sukakan “sentuhan peribadi” bila berinteraksi dengan kita. KENALI prospek anda. Panggil mereka dengan gelaran yang sesuai seperti tuan, bro, sis, mommies dll.Kalau anda dapat nama pendek mereka pun lagi baik. Boleh tanya pada permulaan pm.

One more thing, lebih baik jugak kalau anda gunakan nama pendek anda, atau cipta karakter khas sebagai orang yang menjawab soalan2 mereka. Contoh skrip,

“Hai sis, saya Faezah dari fb LoveyBabyShop. TQ bertanya. Sebelum tu boleh saya tau saya tengah wasap dengan siapa ni ye? :)”

Kenalkan diri dulu, siapa anda.. dari mana, barulah orang lebih selesa nak berurusan dengan anda. Jaga ADAB. Jangan terus menjual.  Tips dari saya; Orang suka membeli, tapi orang tak suka penjual.

Bahasa mudahnya.. anda jangan jadi penjual tapi jadi “problem solver”. Kita perlu kaji kenapa orang membeli. Sebab manfaat produk, ye.. MANFAAT! 

Selagi tak tahu apa manfaat produk yang anda jual, jangan jual! Buang masa! Kerana susah nak yakinkan orang untuk beli produk anda. Sebab apa? Tak kenal produk!

Sebelum menjual, niatkan dalam diri untuk BANTU, bukan nak duit je. Barulah prospek akan selesa nak keluarkan duit mereka untuk berikan pada kita.

#3: GUNAKAN BAHASA AUDIENS

Prospek juga manusia seperti kita. Bukan robot. Jadi, walaupun kita berkomunikasi dengan mereka melalui pm, whatsapp & telefon.. anggaplah seperti anda sedang bercakap dengan mereka face to face.

Gunakan bahasa audiens. Wassap atau pm mereka ikut jenis audiens. Tidak terlalu formal, tidak terlampau “mesra”. Yang penting, anda perlu bina hubungan dulu dengan mereka. Jangan lupa gunakanemoticon. Ia juga dapat bantu untuk tunjukkan emosi ketika berurusan dengan prospek.

Pastikan mereka rasa selesa bila berkomunikasi dengan kita. Bagaimana?

Tanya apa nama yang kita boleh panggil untuk berinteraksi dengan mereka.Tanya apa masalah mereka yang kita boleh selesaikan.Tanya adakah mereka berminat nak beli produk kita.

Banyakkan mendengar dari bercakap. Banyakkan bertanya, biar prospek yang berikan jawapan.

Dari situ, kita dapat agak apa gaya bahasa yang sesuai digunakan untuk bercakap dengan prospek.

#4: BANTU BUAT DECISIONS

Bukan PUSH mereka untuk membeli. Ingat! Prospek mencari produk anda kerana nak cari penyelesaian bagi masalah mereka. Jadi, anda perlu bantu mereka supaya rasa konfiden yang produk anda mampu selesaikan problemmereka.

Contohnya, anda jual produk A untuk bina badan ..

Prospek: Salam tuan, boleh saya tahu sama ada produk ni sesuai tak untuk bina badan? Badan saya ni dah gemuk sangat..

Anda: Sesuai sangat! Produk memang khas untuk orang yang nak mantapkanbody supaya nak lebih sado. Dah ramai cuba. Ni saya tunjukkan hasil pengguna yang pernah gunakan produk ni [testimoni]. Tuan biasa bersukan?

Prospek: Saya ni jenis malas nak bersukan. Boleh ke?

Anda: Boleh juga, tapi hasilnya lambat. Mungkin dalam 2-3 bulan baru nampak sikit perubahan badan. Nak hasil cepat, kena banyak bersenam. Dalam sehari tu, buat la 10 push up dah 10 sit up. Konsisten. Itu cadangan saya la.. tuan boleh cuba 1 botol dulu. Sekarang ni ada harga offer. Berminat?

Prospek: Ok, saya nak cuba 1 botol dulu.

Anda: Baik, terima kasih tuan. Ada apa2 lagi nak tanya sebelum buat bayaran?

To be continued…

.. sambungannya anda boleh agak sendiri la kan.

Ini cuma contoh je. Lain customer, lain perangainya. Anda perlu pandai bersembang dengan mereka dulu sebelum suruh buat pembelian.

Dan..

Jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain. Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.

#5: AFTER SALES SUPPORT

Last but not least, keep in touch dengan customer anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan diri anda sebagai kawan pada mereka. Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk membeli dari anda berkali-kali.

Macam mana cara nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..

Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa. Minta feedback ikhlas dari mereka.DISKAUN khas untuk repeat order.Offer mereka buat side income sebagai EJEN anda

Dan lain-lain yang difikirkan sesuai..

Nak follow up ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika database kita dah besar. Takkan nak follow up satu2. Penat kot! Yup.. memang betul, sebab itu kita perlu ada sistem..

“Sistem macam mane tu? Boleh share?”

Boleh.. tapi sebelum gunakan sistem, anda perlu simpan database dalam format excel/notepad. Lepas tu, follow up gunakan sistem. Anda boleh gunakan sistem..

Autoresponder – Aweber, Getresponse, SMS Blaster – ETSI, Aplikasi niaga

First time dengar sistem guna? Tak tahu guna?

Jangan risau. Ada tutorial disediakan. Anda perlu follow je.

Ok.. tu je nak share arini.

Anda dapat sesuatu dari sharing kali ni?

Jangan lupe share dengan rakan-rakan anda pulak ye. Sharing is caring..

Mahu belajar bagai!ama buat duit online 4 angka tanpa gagal?
Klik sini :- http://bit.ly/296HejS

Friday 1 July 2016

Lubuk emas di facebook

Salam ceria sahabat,
Apa yang anda tahu tentang Facebook?

Sebuah laman web?
Social Media?
Tempat bersosial?
Tempat cari pasangan (awek)?

Facebook…pada saya:
= Lubuk duit.
= Pulau yang penuh dengan emas!
= Pasar lambak atau pasar malam.
= Kaunter pertanyaan.
= Perpustakaan.
= Pusat motivasi.

Dan macam-macam lagi.

Kenapa saya maksudkan begitu?

Lubuk duit, yes…

facebook jika digunakan dengan betul. Ianya lubuk duit yang tidak akan pernah habis. Juallah apa sahaja yang anda mahu, insyaAllah ada pembeli.

Pulau emas? Wow…sama seperti lubuk, di Facebook… anda akan bertemu dengan EMAS jika anda pandai
MEMANIPULASIkan kelebihan, kekuatan dan keunikan diri
anda! Yang lain-lain anda sendiri cari kenapa saya katakan

Facebook sebagai pasar lambak, kaunter pertanyaan,
perpustakaan dan pusat motivasi.Saya tidak mahu bercerita panjang lebar…saya tidak mahu buang masa!

Fokus saya ialah membantu anda MENGENAL POTENSI
buat duit menggunakan Facebook!

Nak dapatkan info percuma lagi? KLIK SINI

Nak tahu bagaimana facebook ni saya jadikan lubuk EMAS? KLIK SINI

Jana pelaburan lumayan di facebook? KLIK SINI