Tuesday 31 May 2016

5 TIPS EMAS MENJADI KAYA RAYA

Boleh baca & amalkan 5 tips emas ni

[5 TIPS EMAS]

Saya baca buku THE RICHESTMEN IN BABYLON ..

Ada 5 TIPS nak jadi kaya & terus kaya..

1. Simpan 1 per 10 dari emas (10% duit) setiap bulan hasil dari gaji/ pendapatan kita.Ok simpan mesti tak boleh keluarkan sesuka hati.Simpanan ini hanya untuk pelaburan sahaja.SIMPAN & LUPAKAN..jangan gatl-gatal simpan bulan ni bulan depan keluarkan untuk repair kereta ke bli susu ke..tak boleh ya.

2.Emas (kondisi sekarang Duit) adalah pekerja yang gigih buat pemilik yang bijak.Emas akan bekerja lebih kuat bila dapat pelaung yang baik.Sekiranyanya seseorang menyimpan emas(duit) dan PELUANG akan datang bagi melipatgandakan keuntungan pemilik emas itu.emas menggandakan jumlah dengan cara yang tak di sangka-sangka.So kesimpulannya kita kena ada Saving dan staby je bila datang pelaung investment yang baik kita gunakan wang saving kita untuk laburkan bagi ia berganda Faham? wang akan bekerja untuk kita pula...

3.Emas berpegang kepada pemiliknya berhati-hati dalam melaburkan emasnya dan meminta nasihat orang yang bijak bagi menguruskan emasnya(duit).Emas akan lesap bagi merekaq yang Cuai dan mendapatkan nasihat dari orang yang salah atau tak bijak.Ok secara ringkasnya kita nak melabur mesti ikut nasihat orang yang bijak/berilmu atau yang berjaya untuk memastikan emas atau duit kita itu tak hilang malah ia terus terjamin dan terus memberikan pendapatan berterusan.

4.Emas akan terlepas dari tangan pelabur yang melaburkan ke perniagaan atau bidang yang mereka tak mahir atau yang tidak di persetujui oleh mereka yang mahir menyimpan emas.
Orang yang tak mahir menyimpan emas akan melaburkan emasnya ke tempat yang dia nampak untung padahal mereka yang mahir mengatakan ia tidak menguntungkan.
Keputusan mereka tak tepat & mereka terpaksa membayar kejahilan mereka dengan harta mereka.Sesiapa yang melaburkan atas nasihat orang yang mahir dengan emas dia orang yang bijak.
Ok ringkasnya nak melabur tu kena paham pelaburan apa? dan kena ada mentor atau orang yang memang pakar dan berjaya dalam pelaburan itu.Jangan hanya dengar untung besar & cepat kaya je nak labur terus..nanti lebur duit tu.

5.Emas akan lesap dari orang yang memaksa diri untuk memperoleh pendapatan yang di luar kemampuan dia.emas juga akan lesap dari orang yang ikut nasihat penipu yang licik tak berpengalamn dalam pelaburan & membiarkan emas dikawan oleh keinginan hawa nafsu.Ringkasnya bagi mereka yuang baru ada simpanan sikit , baru-baru ada duit mula nak melabur, terlalu terdesak nak cepat kaya.Bila datang peluang yang bukan-bukan yang menjanjikan bulan bintang mula gelap mata.Akhirnya pelaburannya LEBUR macam ramai yang terkena dengan SKIM Cepat kaya atau skim emas atau macam-macam skim2 lagi.

ULASAN SAYA:
Ok lepas saya baca 5 tips emas ni..saya rasakan ia memang benar..Ia perlu di teliti dan di amalkan..Jangan terlalu Obses nak cepat kaya..kena ikut stepnya, kena menyimpan jangan boros berbelanja.Simpan untuk pelaburan masa depan.
Kena ada ilmu.kena belajar & bijak meletakkan duit kita ke pelaburan yang selamat.Agar harta yang ada tak hilang malah ia berganda setiap masa.

Sekian..ulasan saya..

Azri Yusop
http://bit.ly/1nRXYTf

No comments:

Post a Comment