Saturday 28 May 2016

Bisnes Internet Paling Mudah untuk Newbie

Newbie atau orang baru dalam Internet Marketing memang mempunyai cabaran tahap “GABAN” untuk mula hasilkan pendapatan pertama dari internet. Mana taknya, kalau sebelum ni hanya tahu guna internet untuk cari maklumat, tengok youtube atau main game tapi sekarang ni nak kena gunakan internet untuk buat income. Pening beb!

Ada yang prasangka dan bersikap skeptikal bila memikirkan bagaimana hendak mula menjana income dari internet, risaukan tentang bagaimana nak bina website, produk apa yang ingin di jual, bagaimana menerima bayaran, promosi dan macam-macam lagi! Tambahan pula, ada yang terus buat andaian bahawa perniagaan internet perlukan modal yang sangat tinggi!

Hakikat sebenarnya, anda boleh mulakan bisnes internet tanpa modal (tapi kalau nak sedap, ada dalam RM200…dah ok dah), tanpa perlu ada produk dan tak payah bina website sendiri. Yang anda perlu FOKUS hanya pada promosi semata-mata!

Bisnes internet apa yang semudah itu?

Mudah sahaja…PEMASARAN AFFILIATE!

Ha? Apa bendanya tu?

Nama jer nampak gempak kawan! Tapi konsepnya sama ja macam bisnes offline iaitu tolong promote produk orang lain dan owner produk tersebut bagi anda komisyen jika dapat hasilkan jualan!

 Tak paham lagi, meh saya bagi contoh…

Katalah sebuah syarikat kereta antarabangsa ingin menjual kereta mereka di Malaysia dan mereka sedang mencari agen pemasaran yang boleh lakukan promosi untuk kereta mereka. Setiap jualan yang dihasilkan akan diberi jumlah komisyen tertentu. Anda pun daftar jadi agen pemasaran mereka dan mula lah promosi dengan cara anda sendiri. Hujung bulan sedar tak sedar ada 3-5 orang customer hubungi anda dan bersetuju nak beli kereta tersebut. Anda pun mula minta mereka isi form dan buat lah apa yang patut untuk mereka dapatkan kereta tersebut. Bila selesai urusan tersebut, customer anda dapat kereta mereka dan anda dibayar komisyen oleh syarikat kereta tadi kerana berjaya memasarkan produk mereka! Itulah model bisnes affiliate di dunia offline.

Dalam dunia online pula, Cuma produk sahaja yang berbeza , kebanyakkannya adalah dalam bentuk digital seperti  ebook,  video, software dan lain-lain.

Sebagai seorang newbie dalam internet marketing, bidang affiliate akan mengajar anda selok belok mempromosikan produk orang lain dahulu. Di sini anda secara tidak langsung belajar berkenaan trafik, SEO dan lain-lain.

Apabila anda mahir promosi, InsyaAllah berilah sebarang produk sekalipun anda pasti mampu jualnya dengan laris sekali di internet!

Harap sedikit coretan ini memberi sedikit idea pada anda. Mulakan sekarang!
http://bit.ly/1nRXYTf

No comments:

Post a Comment