Wednesday 7 September 2016

7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook

7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook

Dah kenal siapa prospek anda?
Dah jumpa produk yang nak dijual?
Dah bersedia nak jual produk tu?

Nanti dulu! Sebelum start promosi, anda perlu KENAL dulu produk tersebut. Lepas kenal produk, baru la senang anda nak bina strategi pemasaran yang berkesan..

Saya lihat ada yang main BELASAH je promote produk, pilih je mana-mana produk.. terus promote. TAK KENAL PUN PRODUK!

Salah buat macam tu!
Flownya sepatutnya begini;

Pilih Produk > Fahami Produk > Fahami Prospek > Promosi Produk > Close Sales Produk > $$$

Bagaimana nak kenali sesuatu produk?

Mula-mula, KAJI dan BELAJAR dulu mengenai produk yang anda ingin jual..

Ini beberapa perkara penting yang perlu anda pelajari dan ketahui dari produk anda;

#1: Pasaran Produk

Sebelum mula menjual di FB, anda perlu kaji sama ada produk anda jual ada pasaran di dunia online atau pun tidak. Di sini saya akan kongsikan bagaimana nak kaji pasaran produk anda;

Anda boleh gunakan Google Trend, Keyword Planner dan Google Search Box. Anda perlu ketahui apa KEYWORD UTAMA anda, kemudian, buat carian keyword menggunakan 3 tool tersebut. Jika jumlah carian keyword anda tinggi, ia menunjukkan produk anda ada permintaan.

- Anda perlu KENAL SIAPA PROSPEK anda.
Anda perlu tahu maklumat seperti Geografi, Demografi dan Psikografi prospek. Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan dari Fanpage Insight dan Audience Insight. Saya ada ceritakan lebih lanjut mengenai cara kenali prospek DI SINI..

- Anda perlu tahu apa POSITONING produk anda di pasaran dan...

bagaimana nak positionkan produk anda dalam pasaran? Sebelum lancarkan sesuatu produk, anda perlu lihat di mana position produk anda dalam niche yang berkaitan. Adakah anda orang pertama yang hasilkan produk tersebut, atau anda termasuk dalam dunia PERSAINGAN bisnes yang sengit. Ini keluar dari persaingan, anda perlu BINA USP supaya prospek dapat bezakan bisnes anda dengan bisnes peniaga lain.
Dah kaji pasaran produk? Kaji pula pesaing produk..

#2: Pesaing Produk

Cuba lihat di sekeliling anda, ada tak peniaga lain jual produk yang sama jenis dengan anda. Mereka tu sebenarnya pesaing anda, mereka boleh jadi lawan atau kawan anda.. jadi anda perlu SPY mereka.

Pesaing-Produk

Anda perlu KAJI siapakah pesaing anda seperti;

Siapa pelanggan mereka? Apa maklumat Geografi, Demografi dan Psikografi mereka?
Apa tawaran yang diberikan pada pelanggan mereka? Free gift, diskaun, free postage..
Apa pengalaman pelanggan semasa berurusan dengan mereka? Pengalaman baik atau buruk?
Gunakan teknik SWOT ANALYSIS untuk mengkaji maklumat mengenai pesaing anda.
Bagaimana pesaing beri support pada pelanggan mereka? Adakah pelanggan berpuas hati dengan support yang diberikan oleh mereka?
Untuk bersaing dalam bisnes, anda perlulah bersikap positif. Jadikan pesaing bisnes sebagai pembakar semangat anda, bersainglah dengan cara profesional.. barulah bisnes berkembang.

#3: ‘Unique Selling Point (USP)’

Unique Selling Point (USP) adalah satu ciri atau kelebihan UNIK yang boleh ditonjolkan dalam produk anda. USP ini dibuat adalah untuk mencipta kelainan produk anda dengan produk yang sama kategori..

Anda perlu fikirkan apa Unique Selling Point (USP) produk anda;

KUALITI – Adakah produk anda tahan lasak atau tahan lama?
WARRANTY – Adakah produk anda ada warranty? Berapa lama warranty yang diberikan?
AFTER SALES SUPPORT – Apa yang pelanggan dapat selepas mereka beli dari anda? Apa jenis support yang anda berikan? – Cara guna produk, cara baiki produk, jika ada sebarang masalah.. pesaing akan bantu mereka dan sebagainya.
RESULT – Apa hasil yang pelanggan dapat selepas guna produk anda? Anda boleh tunjukkan hasilnya dalam bentuk gambar, testimoni, case study dan video.
BONUS – Anda boleh berikan bonus yang bersesuaian dengan produk anda.
Masih tak faham mengenai USP?

Anda boleh baca artikel ini;

Kepentingan ‘Unique Selling Proposition’ (USP) Dalam Bisnes
#4: Ciri-Ciri Produk
Anda juga perlu ketahui ciri-ciri produk supaya anda lebih faham dan kenal mengenai produk yang dijual. Ciri-ciri produk adalah spesifikasi yang ada pada produk, apa yang pelanggan nampak pada luaran produk tersebut..

Ciri-Ciri Produk

Antara ciri-ciri yang boleh dicari dalam produk anda adalah;

Apa warna produk anda?
Apa bahan yang digunakan untuk hasilkan produk anda?
Apa komponen-komponen yang ada pada produk anda?
Apa fungsi produk anda?
Produk anda ini untuk siapa?
Bagaimana cara menggunakan produk anda?
Dengan memahami ciri-ciri produk ini, anda akan lebih mudah nak explain pada prospek mengenai produk anda. Anda juga boleh kaitkan ciri-ciri produk dengan manfaat produk..

Contohnya;

BBCA (ASID AMINO) dlm MESO bertindak memulihkan sel-sel otot dengan pantas sebaik saja anda habiskan aktiviti workout. Sekaligus, otot anda dapat mengembang dengan lebih cepat dari sebelumnya. Maka tak hairanlah, dalam masa 2 minggu anda akan nampak otot-otot dada, otot-otot lengan anda dah mula mengembang.

Ciri-ciri produk adalah bahan yang digunakan iaitu BBCA (Asid Amino), manfaat bahan ini adalah untuk pulihkan sel-sel otot dengan pantas selepas workout. Ada kaitan kan?

Next..

#5: Kelebihan Produk

Apa kelebihan produk anda berbanding produk lain yang ada di pasaran? Kenapa prospek perlu membeli dari anda, bukan dari peniaga lain..

Anda boleh lihat dari segi;

Ketahanan, keberkesanan dan jangka hayat produk
Kelulusan – JAKIM, KKM, SIRIM, GMP, HALAL, SELAMAT
Kos berbaloi untuk jangka masa pendek/panjang
Cara bayar – Jika produk anda mahal, mudahkan pelanggan untuk buat pembayaran secara deposit atau ansuran.
Cuba cari kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda, ia mestilah berbeza dari pesaing anda. Ini kerana sudah terlalu banyak produk yang dikeluarkan di pasaran, terutamanya produk kecantikkan dan kesihatan.

Prospek akan membandingkan produk anda dengan produk lain yang ada di pasaran.

Cuba lihat apa kekurangan dan kelemahan produk yang ada di pasaran sekarang, kemudian tonjolkan kelebihan produk, tunjukkan produk anda adalah pilihan yang terbaik untuk prospek.

#6: Kelemahan Produk

Setiap produk pasti ada kelemahan dan kekurangan, tiada produk yang perfect di dunia ini.

Lepas kaji kelebihan, kaji pula kelemahan produk anda..

Bagaimana dengan KUALITI produk anda? Adakah produk anda mudah pecah, mudah rosak atau tak tahan lama? Berapa lama JANGKA HAYAT produk anda?

Bagaimana pula dengan support anda? Adakah pelanggan anda PUAS HATI atau mereka banyak KOMPLEN? Berapa banyak FEEDBACK positif berbanding negatif yang anda dapat dari mereka?

Bagaimana pula dengan harga produk? Kenapa MURAH? Kenapa MAHAL? Kenapa harga produk anda berbeza dari produk peniaga lain?

Listkan juga.. apakah perkara yang buatkan prospek RAGU-RAGU nak beli produk anda? Bagaimana nak JAWAB keraguan prospek tu?

Dengan mengetahui apa kelemahan produk anda, anda akan dapat fikirkan apakah soalan-soalan yang bakal ditanya prospek dan anda juga akan lebih bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mereka.

#7: Manfaat Produk

Apa manfaat yang produk anda dapat berikan pada pelanggan?

Biasanya, produk yang dihasilkan adalah untuk selesaikan masalah atau memberi kepuasan pada prospek. Ini adalah berdasarkan dari manfaat yang prospek inginkan iaitu..

Keperluan – Ini adalah keperluan asas dalam kehidupan prospek seperti makan untuk kenyang, minum untuk hilangkan dahaga dan tidur untuk rehatkan badan.
Keselamatan – Prospek ingin selamat dalam kehidupan harian. Selamat ini adalah dari segi kesihatan, pekerjaan, tempat tinggal, dan sumber kewangan.
Kasih sayang – Prospek ingin rapatkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan. Mereka inginkan kasih sayang yang berkekalan dari orang kesayangan.
Peningkatan diri – Prospek ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mereka ingin tingkatkan tahap kewangan, motivasi diri dan keyakinan diri.
Kepentingan diri – Ini berkaitan dengan kepuasan diri prospek. Mereka ingin nampak lebih bergaya, lebih cantik supaya dipandang tinggi oleh orang sekeliling.
Kesemua manfaat ini mestilah disertakan dengan JAMINAN. Apa jaminan yang anda janjikan pada prospek? Apakah kesannya selepas menggunakan produk anda?

KLIK SINI untuk tips yang bermanfaat

Anda suka bila akaun anda di penuhi dengan DUIT?

Nak saya ajarkan RAHSIA jana pendapatan sehingga 6 angka setiap bulan?

Kalau nak KLIK SINI

No comments:

Post a Comment