Showing posts with label pemasaran facebook. Show all posts
Showing posts with label pemasaran facebook. Show all posts

Tuesday, 21 June 2016

7 Tips Pemasaran Di Facebook.

Disini saya ingin kongsikan 7 tips pemasaran di facebook dimana medium sosial ini adalah antara yang paling berpengaruh dimasa kini.Apa yang harus kita ingat bahawa tujuan utama facebook adalah tempat untuk bersosial, berkenalan, mencari teman-teman lama dan berkongsi apa saja mengenai perihal masing2.

So..jadikan kesempatan ini sebagai sumber pendapatan anda..

1. PRODUK - Sebelum menjual anda perlu ada produk untuk dijual,samada ia produk anda sendiri atau pun produk orang lain.sebelum melakukan pemasaran di facebook anda kenalah melakukan kaji selidik mengenai jenis produk yang hendak dipromosikan samada ia mendatangkan keuntungkan atau sebaliknya.

2. KAJI SELIDIK - Nyatakan lebih terperinci mengenai maklumat dan gambaran produk yang hendak dijual,contohnya jika anda menjual sabun,nyatakan apa kelebihan sabun tersebut,siapa yang boleh menggunakan,berapa harganya,kandungan yg terdapat dalam sabun itu,apa kelebihan selepas memakainya dan byk lagi.

3. BINA HUBUNGAN - amat penting diantara anda dan rakan2 anda di facebook.Rajin bersapa dan sentiasa meningkatkan hubungan baik bersama mereka.Ingat,bahawa mereka juga adalah manusia biasa.Tambah rakan seramai yang mungkin dan ucapkan terima kasih jika mereka menerima anda sebagai rakan.Jangan sesekali terus menjual kerana facebook umumnya adalah tempat untuk bersosial,sentiasalah kongsikan perkara2 yang bermanfaat sambil membina kreadibiliti anda sendiri"sharing is caring".Biarkan rakan-rakan anda lebih mengenali anda dan menerima siapa anda sebenarnya agar memudahkan lagi segala urusan anda bersama mereka dikemudian hari.

4.MASA - Bijak dalam memilih waktu yang tepat dan masa yg sesuai untuk membuat pemasaran di facebook kerana ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan jualan yang lebih efektif.Tak kan lah nak promote setiap 24 jam sehari.:P

5. FANPAGE - Bina Fanfage anda sendiri kerana ianya lebih baik jika dibandingkan personal akaun anda.Kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat mengenai produk anda tadi sambil menimbulkan minat audience anda.Jangan hanya menjual semata-mata.Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satunya cara sahaja.Masukkan unsur-unsur humor,fakta,statistik,pendapat,berita,link ke artikel yang menarik, persoalan,menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes),senarai dan pelbagai lagi bentuk.Jika anda tidak tahu untuk membina fanfage,cari rakan yang boleh buatkan untuk anda atau belajar sendiri dengan mencari pada halaman carian seperti pakcik googgle,bing,yahoo dan sebagainya.:)

6. HADIAH - Berikan keistimewaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda pada masa-masa tertentu,contohnya seperti potongan harga atau diskaun,kupon,bonus,barangan percuma,penghantaran percuma kerana ini adalah salah satu taktik biasa yang dilakukan oleh peniaga yang berjaya untuk menghargai pelangan mereka.so!! renung-renungkanlah faedah lain yang anda akan dapat.Janganlah bersifat Kedekut dan sentiasa memikirkan keuntungan saja.

7. INOVASI - Tingkatkan lagi cara pemasaran di facebook dengan menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang terdapat melaluinya.Ada beberapa contoh mudah yang anda boleh baca di bawah..
  
a) Event-Buat event atau program-program berkaitan produk anda dan gunakan fungsi ini sebaik mungkin.Jemput semua rakan2 anda utk turut serta bagi memeriahkan lagi suasana dan berikan sesuatu yang bernilai agar mereka terasa lebih dihargai.   

b)Group2 di facebook-Buat atau Sertai seberapa banyak group2 di facebook.Lakukan promosi anda mengikut peraturan2 yang telah ditetapkan oleh admin group dan saling menghormati ahli-ahli lain yang berada didalam group tersebut.

c)Chat-Chating bersama rakan2 anda dalam suasana yg baik dan elakkan utk menimbulkan perkataan yang tidak baik.Bersopan santun,bersabar dan tunggu masa yang sesuai utk melakukan peromosi.Lakukan promosi anda secara halus dan berkesan.

d) Message-Gunakan fungsi ini sebaik mungkin dan lakukan secara berkala,Pm rakan-rakan anda mengenai tawaran anda..biar mereka membuat pilihan dan jangan sesekali memaksa mereka jika mereka tidak berminat. 

e) Tagging-Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya,tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja.Anda juga boleh menggunakan fungsi tag nama,tag gambar,video.Elakkan daripada tag secara melulu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa,marah dan seolah-olah menganggu privasi mereka.Gunakan secara Berhemat...

f) Foto dan video-Upload foto dan video anda di facebook dan Kongsikan foto dan video berkaitan mengenai produk anda,pastikan jelas dan memberikan maklumat yang berguna.Jika anda bernasib baik mungkin ada rakan-rakan anda yang sudi share berkenaan gambar dan video anda dan ianya bersifat viral.

g) Facebook Ads-Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang lebih fokus,tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur,minat,tempat tinggal dan jantina.Walaupun FB Ads memerlukan kos (berbayar),namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini,kita boleh mengelak kerugian dan menjimatkan kos pengiklanan.

Antara produk yang terbaik pada masa kini adalah produk yang berbentuk digital & telekomunikasi

Jika nak tahu bagaimana 2 jenis produk ni boleh menjana pendapatan..KLIK SINI

Wednesday, 15 June 2016

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

membuatkan saya teringat 2 hari lepas saya ada menerima satu emel daripada pembaca tentang menghasilkan duit dari blog dengan niatnya ingin membuat blog secara mendalam. Jadi terfikir juga punca utama ada sebahagiannya datang dari Facebook.

Memerangkap pemasaran perniagaan anda secara bijak melalui pemasaran platfom Facebook sebenarnya anda mampu menghasilkan duit secara pasif. Masih ingat dengan entri menghasilkan pendapatan pasif saya tempoh hari?

Kalau kita sedar pendapatan pasif juga bermula dengan Facebook dan lebih mantap lagi bila anda gabungkan Pemasaran Facebook + Pemasaran blog = Duit dan duit.

Bagaimana caranya bro?

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Ada beberapa golongan pengguna Facebook hari ini yang mana mereka ini akan membezakan cara penggunaan Facebook mereka secara harian, jom lihat anda berada dikalangan yang manakah:

+ Golongan suka buat duit – semua link dia post di Facebook.
+ Golongan suka main permainan Facebook – semua permainan dia cuba.
+ Golongan suka update status – setiap gerak-geri dia update
+ Golongan suka Like dan Share – boleh dikatakan bagus menyokong insan lain
+ Golongan suka berniaga – setiap waktu hanya bicara tentang niaga
+ Golongan suka ping entri – setiap hari akan ping entri untuk promot entri baru
+ Golongan suka online saja-saja – hanya sekadar pengguna tapi tidak mempergunakan
+ Golongan yang selain daripada 7 golongan ini 

Jadi daripada kalangan pengguna yang ada hari ini, semakin ramai yang cuba memanipulasikan penggunaan Facebook untuk tujuan pemasaran perniagaan mereka.

Boleh dikatakan kebanyakan yang berniaga mempunyai Fanpage dan Blog bagi memantapkan lagi usaha dan hasil promosi perniagaan mereka.

Teknik Pemasaran Berkesan

Dua minggu lepas saya ada sertai secara tidak langsung mengenai cara pemasaran perniagaan melalui Facebook.

Terus terang saya katakan ada 2 kategori orang berniaga yang saya sempat dengar tempoh hari:

Cara bercakap dan penyampaian tidak kena dengan sasaran jualan atau promosi.Tak semua yang bijak berniaga secara online mampu berniaga secara berdepan dengan pelanggan

Ya, mungkin ada yang hebat berbicara dan memukau pelanggan melalui kata-kata dan ayat promosi namun ada juga yang tidak pandai menarik pelanggan dengan lisan dan ayat manis tapi hebat dalam mempromosikan barangan secara online.

Menjadi satu kelebihan bila anda mempunyai kedua-dua kelebihan tersebut dan masanya untuk anda letupkan perniagaan anda.

Promosi secara lisan + Pemasaran melalui Facebook = Bukti bergambar + Testimoni 

4 Teknik Pemasaran Facebook Secara Umum

Ya, 4 teknik pemasaran Facebook ini telah ramai yang tahu tapi tak ramai juga berjaya, tapi inilah 4 teknik yang mampu anda jana 3 hingga 5 angka sebulan (ayat MLM):

1) Bina Fan Page Produk 2) Memaksimumkan Penggunaan Fan Page
3) Sistem perkongsian bergambar secara berterusan. 4)  Lakukan strategi “paksa” pelanggan

Anda bina fan page nama anda tapi anda promosikan bahan jualan anda – sangat tidak menepati.

Anda mempunyai Likers yang ramai di Fan Page anda tapi anda jarang sesekali “menjaga mereka” – Page feed anda akan hilang daripada Homepage mereka, rugi.

Kongsikan gambar yang berkaitan dengan fanpage anda sebagai mengekalkan trending page anda di homepage mereka.

Paksa pelanggan bukan bermakna memaksa setiap pelanggan yang bertanya itu untuk membeli.

Paksa pelanggan juga anda boleh lakukan secara halus seperti beli barang perniagaan anda dan dapat bonus, hadiah misteri dan apa saja yang membuatkan mereka akan membeli.

Marketing versus Strategy

Ayat yang anda akan jumpa setiap kali anda baca, hadiri dan dengar tentang teknik pemasaran yang berkesan, tapi rugi kerana proses mempraktikkannya agak sukar dan tidak tahan lama.

Jadi gandakan proses pemasaran dan strategi dengan lebih berkesan jika betul-betul ingin meledakkan sistem pemasaran peniagaan anda menjadi pendapatan utama anda.

Bagaimana? Dapatkan sebuah pamduan lengkap bagaimana anda mampu terjemahkansistem teknik pemasaran dan strategi perniagaan anda secara pasif dan mendapat pendapatan seberapa angka yang anda mahu.

Kalau kita tiada guru cari guru, kalau tiada ilmu cari ilmu. Kalau sudah ada belum tentu masih cukup, maka perlulah sentiasa tambah.

Dengan sistem yang berkesan peluang anda semakin besar

KLIK SINI dan dapatkan sistem yang berkesan dalam meningkatkan penjualan anda di Facwbook

Monday, 6 June 2016

5 tips pemasaran facebook ' pasti unrung'

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Pemasaran Facebook adalah satu daripada medium pemasaran yang digunakan oleh semua bisnes.

Tidak kira bisnes itu kecil mahu pun organisasi yang bernilai ratusan bilion ringgit, laman sosial media yang mempunyai lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia ini dijadikan sebagai sasaran utama untuk mencari pelanggan.

Di Malaysia, pemasaran Facebook sudah memberi kesan kepada pemilik-pemilik bisnes. Ada yang menggunakan pengiklanan untuk mencapai sasaran pelanggan yang spesifik demografiknya.

Ada juga perniagaan yang menggunakan Facebook Pages untuk membina hubungan yang baik dengan prospek. Kemudian mencipta satu lagi saluran pendapatan tanpa had menggunakan Facebook.

Justeru itu, dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa maklumat penting bagi para pembaca yang berminat untuk belajar pemasaran Facebook.

Siapa Bryan Gan – Pakar Pemasaran Facebook

Mungkin namanya tidak begitu dikenali dalam kelompok usahawan Internet tempatan. Tetapi Bryan Gan adalah usahawan Internet yang sudah bergiat lebih 15 tahun dalam industri ini.

Malah syarikat beliau juga telah dipilih dalam senarai top 3 di Malaysia untuk membentangkan idea perniagaan di Silicon Valley. Ia merupakan anjuran StartupMalaysia.org.

Bryan Gan cukup sinonim dengan pemasaran Facebook dan pembangun aplikasi Octopost yang membantu para usahawan untuk menggunakan Facebook sebagai senjata promosi maksima.

Dalam seminar Fesbuk Marketing Power yang dianjurkan beliau bersama Dr. Azizan Osman, terdapat pelbagai perkongsian bermakna yang diperoleh. Antaranya adalah:

5 Tip Pemasaran Facebook ‘Pasti Untung’

Engagement dahulu, jual kemudian.Bersabar, konsisten, kemudian senyum.Sekali berkeras, seribu pelanggan lari.Testimoni ledakkan keyakinan.Strategi Facebook Timeline.

#1 – Engagement Dahulu, Jual Kemudian

“Pelanggan mahu kenal penjualnya, baru mereka membeli dengan gembira.” – Bryan Gan.

Untuk menghasilkan banyak jualan di Facebook, perkara pertama yang mesti difahami oleh para usahawan adalah engagement. Ia bermaksud penglibatan dalam dunia laman sosial itu sendiri.

Pembeli tidak akan berurusan dengan individu yang tidak boleh dipercayai di Facebook. Mereka mahu berurus niaga dengan mereka yang mempunyai:

Gambar profil yang jelas.Berkongsi maklumat yang bermanfaat di dinding Facebook.Mesra dengan rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan:  Seni Menjual Dengan Bahasa Badan

Bagi yang pertama kali menggunakan Facebook, tidak ada engagement di antara pelanggan adalah aktiviti yang membuang masa. Kita berkemungkinan besar tidak akan dapat menghasilkan jualan.

Jika dapat, ia boleh dicantas dengan penjual lain yang mengamalkan strategi engagement ini.

#2 – Bersabar, Konsisten, Kemudian Senyum

Pemasaran menerusi laman web sosial media seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan banyak lagi adalah pemasaran yang mendidik kita untuk bersabar.

Kejayaan bukan diperoleh dalam masa satu hari. Menurut Bryan Gan, masa untuk lihatkeberkesanan pemasaran Facebook adalah sekitar 1 minggu. Paling lewat pun adalah sekitar 30 hari.

Namun semua ini boleh direalisasikan dengan lebih pantas, sekiranya kita mempunyai sistem pemasaran Facebook yang betul-betul berkesan.

#3 – Sekali Berkeras, Seribu Pelanggan Lari

“Awak, belilah produk saya. Produk saya ini bagus dan harganya pun murah. Belilah ya, awak? Tolong ya beli… Tolonglah…”

Ayat di atas mungkin ayat yang sinonim kita baca di ruangan Facebook. Ada yang lebih rajin, mereka sanggup menghabiskan masa untuk tag ratusan rakan-rakan mereka di Facebook untuk menjual produk semata-mata.

Umumnya, cara ini membuang masa dan membunuh kredibiliti kita. Cara ini digelarkan hard sell oleh Bryan Gan, dan beliau tidak bersetuju dengan aktiviti pemasaran seperti ini.

Cadangannya, bina hubungan yang baik dengan para pelanggan terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan menerusi perkongsian maklumat yang berkaitan dengan produk kita.

Contohnya, jika kita menjual seminar Fesbuk Marketing Power, antara ayat yang boleh digunakan adalah:

“Seminar Fesbuk Marketing Power adalah seminar yang memberikan maklumat kepada para peserta, tentang teknik pemasaran dan promosi yang terbukti berkesan, untuk meningkatkan jualan produk kita di Facebook.

Cara pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web rasmi mereka (Klik Di Sini).”

Memberikan maklumat lebih persuasif berbanding menjual secara keras-kerasan (hardsell).

Artikel Berkaitan:  Tip Jurujual Unggul : Menjual Hanya Dengan Senyuman

#4 – Testimoni Ledakkan Keyakinan

Pelanggan yang berpuas hati biasanya akan berjaya menambat hati pelanggan lain untuk mencuba produk yang digunakannya.

Ini adalah kuasa testimoni dalam perniagaan.

Di Facebook, kita boleh mengambil peluang untuk memaparkan senarai testimoni pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan produk kita. Paparan testimonial ini boleh dilakukan di Facebook menerusi:

Teks.Imej.Video

Lebih banyak testimoni yang dikongsikan, lebih tinggi keyakinan prospek kita untuk membeli produk yang ditawarkan di Facebook.

#5 – Strategi Facebook Timeline

“Jika syarikat besar seperti Upin & Ipin menggunakan Facebook Timeline untuk menjenamakan perniagaan, mengapa tidak kita?” – Bryan Gan.

Ramai yang merungut kerana Facebook mengubahsuai dan melakukan penambahan dalam profil penggunanya seperti kewujudan Facebook Timeline.

Dalam masa sama, ramai juga yang bersyukur dan bergembira terhadap inovasi ini. Kerana ia dapat membantu untuk menjenamakan perniagaan dan memberikan sudut pandang pertama yang kemas dari kaca mata pelanggan.

Bagi yang masih tidak tahu apa yang patut dilakukan terhadap Facebook Timeline, hasilkan reka bentuk grafik yang cantik dan menarik untuk memukau pelanggan kita.

Boleh lihat bagaimana Upin & Ipin, KFC, dan beberapa syarikat besar yang menggunakan Facebook Timeline sebagai senjata penjenamaan mereka. Menurut Bryan Gan, Facebook tidak membenarkan sebarang imej berbentuk promosi menerusi Timeline.

Namun begitu, ia terpulang pada kreativiti kita untuk mengambil peluang terhadap fungsi Facebook Timeline ini.

Sampi di sini sahaja hasil perkongsian saya. Harap dapat memberi swdikit bantuan kepada anda.

Nak dapatkan income sehingga 4 angka dan belajar teknik² pemasaran internet? KLIK SINI

Jangan lupa LIKE FAN PAGE SAYA YE..

SEKIAN